Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tiada Perubahan Agihan Kerusi...

ALOR SETAR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md...

Usaha Kesan, Tahan Riduan...

KUALA LUMPUR – Usaha mengesan dan menahan Muhammad Riduan Abdullah, yang didakwa gagal...

Polis Johor Gempur 550...

JOHOR BAHRU - Polis menahan 140 individu dan merampas 271 komputer dalam serbuan...

Kecoh, Wanita Sudah Mati...

SEBUAH akaun Facebook menjadi sensasi dan hangat diperkatakan di Filipina, apabila seorang gadis cantik...

Pihak Berkuasa Diminta Bertindak Atas Pencerobohan Bot Pukat Tunda

KUALA TERENGGANU – Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan dan memberi perhatian terhadap pencerobohan bot pukat tunda di kawasan sotong bersarang di pantai negeri ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan (PNKTS) Hasan Ismail berkata pencerobohan tersebut berlaku sekitar 15 batu nautikal daripada kawasan pantai yang menjadi antara tempat tarikan pelancong bagi program mencandat sotong.

“Tindakan bot-bot pukat tunda ini juga mungkin menyebabkan populasi sotong pupus pada masa akan datang dan sekali gus menutup mata pencarian nelayan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut Hasan kerajaan negeri membelanjakan puluhan juta ringgit untuk membina tukun atau tempat pembiakan sotong di pesisir pantai negeri ini namun ia diceroboh bot pukat tunda.

“Usaha kerajaan untuk menarik pelancong melalui program mencandat sotong tidak mencapai matlamat kerana semua tempat sotong telah musnah.

“Begitu juga tujuan pelancong yang datang ke Terengganu untuk melihat secara dekat cara-cara menangkap sotong dengan menggunakan pancing atau candat tidak akan mencapai matlamat.


“Dulu pelancong datang untuk melihat keropok lekor dihasilkan, tetapi sekarang ini pelancong datang untuk mencandat sotong,” katanya.

Hasan berkata program mencandat sotong itu memberi pendapatan kepada pemilik bot di negeri ini melalui harga sewaan bot antara RM800 dan RM1,200 semalaman, bergantung kepada saiz bot.

Beliau berkata sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan, suatu masa kelak, aktiviti menangkap sotong terutamanya oleh nelayan pantai akan pupus. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori