Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Taman Tema Air Bukit...

IPOH - Pihak pengurusan Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort disaran supaya...

2 Lokaliti Di Pahang,...

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan dua lokaliti dikenakan Perintah Kawalan...

Hukuman Denda, Penjara Langgar...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak menolak kemungkinan meningkatkan kadar kompaun serta hukuman dikenakan kepada...

Gambar: 11 Cedera, Bom...

PATTANI: Sebutir bom buatan sendiri yang diletakkan di dalam sebuah kereta curi, meletup...

PKR-DAP-PAN = Pakatan Harapan = Caca Marba Lagi!!!

JIKA dengar pada bunyinya memang bagai guruh berdentum konon menggambarkan suatu ikatan padu. Soalnya bolehkah ia bertahan begitu? Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja wajah tidak berseri pemimpin mereka sendiri.

Entahlah apa serius difikirkan seolah-olah macam terpaksa sahaja dan tidak sebagaimana imej ceria Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Justeru inilah yang menjadi tanda tanya apabila Pakatan Harapan dianggotai PKR-DAP-PAN pada Sabtu akhirnya menandatangani perjanjian yang mengikat mereka antara lain tidak boleh lagi ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’.

Ia berbeza dengan apa yang diamalkan semasa kewujudan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS sejak 2009 dahulu sebelum dikuburkan oleh DAP sendiri ekoran perbalahan teruk bersama PAS pada tahun lalu.

Contohnya tiga parti itu tidak lagi boleh ambil sikap ‘setuju untuk tidak setuju’ seperti isu Hudud yang dibawa PAS dulu yang ditentang DAP atau isu pilihan raya kerajaan tempatan yang dipelopori oleh DAP tetapi ditentang PAS.

Ada pemerhati politik tanah air melihat konsep terbaharu Pakatan Harapan itu indah khabar daripada rupa kerana ada banyak isu melibatkan kepentingan kaum, agama dan lain-lain yang perlu dihadapi dari masa ke semasa.

Bagi mereka, ia tidak semudah cakap hebat bahkan sebenarnya lebih kepada satu ‘gempak‘ politik untuk memburu undi sewaktu pilihan raya umum (PRU) ke-14 demi kebencian terhadap BN, lapor portal tempatan AgendaDaily.

Perhatian kini pasti bertumpu kepada kalangan pemimpin Melayu dalam PKR dan PAN dalam usaha dua parti itu menjaga kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu yang makin terhakis khasnya di Selangor dan Pulau Pinang.

Bukan rahsia lagi DAP ada pengaruh terbesar dalam pakatan baharu ini memandangkan undi kaum bukan Melayu menjadi tunjang kepada kemenangan Pakatan Harapan ketika PRU ke-14 sebagaimana rekod pada PRU ke-13 lalu.

Malah gabungan politik dalam Barisan Nasional (BN) sendiri yang sudah lama memerintah negara ini ada kalanya masih berpegang kepada konsep ‘ bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam beberapa isu sensitif berbaur perkauman.

Perjanjian pelik yang ditandatangani pada perhimpunan pimpinan Pakatan Harapan di Shah Alam, Selangor ini juga menyaksikan PAS sepenuhnya muktamad tiada lagi daripada lingkungan pakatan pembangkang tersebut.

Hubungan PAS kini cuma wujud sebagai ‘talian hayat’ dalam kerajaan negeri Selangor sehingga PRU akan datang sekali gus menimbulkan tanda tanya bagaimana pula nasib PAS di Pulau Pinang selain nasib PKR di Kelantan.

Alasan tiga parti tersebut mahu konsep ‘setuju untuk tidak setuju’ tidak lagi diguna pakai dalam Pakatan Harapan konon bagi mengukuhkan ikatan pakatan mereka dan mungkin belajar daripada kegagalan Pakatan Rakyat.

Ini bermakna sekalipun setiap parti boleh membuat keputusan sendiri, namun semua keputusan politik yang dipersetujui bersama wajib dipatuhi dan padahnya, parti mana yang langgar boleh dihukum ‘ditendang’ keluar.

Perjanjian Pakatan Harapan itu yang berasaskan kepada tujuh prinsip ditandatangani oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.


Ia meliputi prinsip dalam buat keputusan bersama, pembinaan kesatuan politik, prinsip penyelesaian pertikaian, dasar bersama, perjalanan pilihan raya, perjalanan kerajaan dan pembangkang dan keabsahan pakatan.

Perjanjian unik itu dibentangkan secara rasmi pada perhimpunan tersebut oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir.

Lucunya, Anuar waktu pembentangan berkata, Pakatan Harapan akui tersilap percaturan dalam Pakatan Rakyat dulu apabila tidak letak fasal ‘parti majoriti beri tindakan kepada parti minoriti’ dalam gabungan lama itu.

Pemimpin perjanjian semasa Pakatan Rakyat tidak ada satu kuasa yang boleh singkir mana-mana parti yang didapati melanggar prinsip. Justeru dalam fasal Pakatan Harapan ini, kalau ada tiga parti umpamanya terbentuk.

“Dan ada salah satu parti yang telah melanggar peraturan, maka dua parti tadi boleh buat keputusan terhadap satu parti ini. Maknanya akan ada pihak majoriti boleh buat keputusan kepada parti minoriti ini tadi,” katanya.

Fasal 7 tersebut akan diguna pakai untuk menentukan status gabungan baru berkenaan atau mana-mana partinya sekiranya terdapat pelanggaran mana-mana perkara yang telah dipersetujui dalam perjanjian bersama mereka.

Anthony pula berkata, Pakatan Harapan hanya akan meletakkan satu nama calon sahaja bagi mewakili pembangkang di dalam mana-mana pilihan raya termasuk peringkat pada PRU ke-14 nanti menerusi fasal kelima.

“Calon kerusi tersebut pula hanya akan dipilih oleh kepimpinan parti masing-masing yang bakal diberi kepercayaan oleh Majlis Presiden untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam pilihan raya tersebut.

“Sebarang pengumuman secara rasmi mengenai parti yang dijangka muktamad bertanding pada mana-mana kerusi dalam apa-apa peringkat pilihan raya hanya boleh dibuat oleh pihak Majlis Presiden.

“Setiap parti dalam Pakatan Harapan tidak boleh lagi membuat pengumuman bertanding di sesuatu kerusi di mana-mana peringkat tanpa mendapat persetujuan daripada Majlis Presiden,” kata Anthony lagi.

Menurutnya, fasal berkenaan menetapkan bahawa sebarang pertikaian mengenai pembahagian kerusi, akan dibincangkan bersama-sama oleh ketiga-tiga parti sebelum mana-mana keputusan muktamad dibuat.

Idea kewujudan Pakatan Harapan mula dibentuk pada 22 September 2015 hasil daripada persidangan meja bulat antara PKR, DAP, PAN dan beberapa NGO pro-pembangkang kecuali PAS yang amat dibenci oleh DAP.

Ia susulan terbubarnya kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat pada Jun 2015 selepas ditubuhkan secara rasmi pada 2009. Kesian nasib PAS walau apapun bye bye PAS… – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori