Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Isu Hina Agama: KDN...

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan pihaknya tidak merancang untuk mewujudkan satu...

Syarikat Telco Kerugian RM10...

HULU TERENGGANU - Syarikat telekomunikasi (Telco) terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10 juta setahun...

Drebar Grab, Teksi Di...

KANGAR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggalakkan pemandu Grab dan teksi di Perlis...

100 Cedera, Feri Bertembung...

HONG KONG - Kira-kira 100 orang cedera apabila sebuah feri dari Macau ke...

PKR Mahu Umum Saf Kepimpinan Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan akan mengumumkan satu dokumen bagi merapatkan saf kepimpinan gabungan beberapa parti pembangkang tersebut.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, dokumen itu merupakan satu pengumuman besar dalam usaha menumbangkan UMNO di bumi Malaysia.

“Dalam masa terdekat Pakatan Harapan akan membuat pengumuman besar tentang dokumen yang akan merapatkan saf kepimpinan dan usaha menumbangkan UMNO.

“Saya percaya dokumen ini bakal menjadi asas penting yang sekali lagi membuktikan PKR serta parti-parti komponen Pakatan Harapan bersedia untuk menggalas tanggungjawab menerajui kerajaan di Putrajaya,” dakwanya dalam satu perutusan tahun baru hari ini.

Wan Azizah dalam pada itu menyeru semua parti politik di Malaysia supaya bersama-sama Pakatan Harapan dalam usaha menumbangkan UMNO.

Pakatan Harapan ditubuhkan tahun lalu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang berkubur akibat perbalahan diantara PAS dengan DAP dan PKR dalam isu hudud.


Pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat kemudian bertindak menubuhkan sebuah parti Islam baharu, Parti Amanah Negara (PAN) bagi menggantikan PAS dalam gabungan baharu parti pembangkang tersebut.

PKR bagaimanapun cuba berbaik semula dengan PAS selepas perhimpunan haram Bersih 4.0 pada Ogos 2015 kerana bimbang kehilangan undi penyokong parti itu berikutan tidak ramai ahli PAS menyertai perhimpunan berkenaan.

Bersih 4.0 dianjurkan oleh PKR dan DAP bersama beberapa gerakan yang memperjuangkan hak asasi kebebasan secara melampau termasuk kebebasan untuk rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup gay dan lesbian. – myneeshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori