Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Lelaki Disyaki...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki sedang memasak daun ketum...

2 Lelaki Anggota Geng...

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki dipercayai anggota geng curi motosikal yang aktif di...

APMM Selamatkan 2 Beranak...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang...

Ustaz Kazim Masuk Hospital

IPOH - Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah...

Polis Kota Kinabalu Tahan 3 Anggota Geng Samun ‘Negro’

KOTA KINABALU – Polis menahan tiga individu termasuk ketua kumpulan ‘Geng Negro’ yang aktif menjalankan kegiatan curi, samun dan ragut di sini melibatkan 11 kes dengan nilai kerugian RM140,000 sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata hasil maklumat orang awam, seorang lelaki berumur 22 tahun dipercayai ketua kumpulan itu ditahan di Masjid Negeri Sembulan kira-kira 1.30 tengah hari, Jumaat lepas.

“Susulan penahanan itu, polis kemudiannya menahan dua lagi individu termasuk seorang wanita di sekitar pusat bandar ini keesokan harinya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya polis merampas beberapa barangan termasuk kereta Proton Iriz, pakaian yang digunakan semasa menyamun, buku akaun dan empat telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM44,000.

Chandra berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek lelaki warganegara Filipina berumur 22 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen malah mempunyai rekod jenayah lampau serta positif dadah jenis syabu, manakala wanita itu pemegang dokumen Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13).

Dokumen IMM13 merujuk kepada pas khas yang dikeluarkan Jabatan Imigresen kepada pelarian tulen Filipina akibat perang bagi membolehkan mereka tinggal di Sabah.


Chandra berkata kesemua suspek direman bermula 23 hingga 28 Jan ini dan polis kini sedang mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas dikenal pasti sebagai Jaroni Otto Juna, 22, beralamat di Skim Penempatan, Telipok.

Dalam perkembangan lain, Chandra meminta orang ramai agar tidak mengaitkan gambar wanita cedera seperti yang tersebar di media sosial itu sebagai mangsa samun dan hampir diculik di hadapan pusat beli-belah Suria Sabah, Rabu lepas.

“Ia adalah kejadian yang berlaku tahun lepas di Semenanjung dan tiada kaitan dengan kejadian di Suria Sabah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori