Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Najib Persoal Putrajaya Sedia...

PETALING JAYA - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoalkan kesediaan Putrajaya mempertimbangkan...

Polis Gempur Pesta Dadah...

KUALA LUMPUR - Polis membongkar aktiviti pesta dadah dan seks di kalangan remaja...

2 Lelaki Maut Dalam...

MACHANG - Dua lelaki masing-masing berusia 39 dan 40 tahun, maut dalam satu...

Nubhan Doa Mohon Diberi...

SEBELUM ini, tersebar di laman sosial cerita penyanyi kelahiran Akademi Fantasia Nubhan dan...

Polis Marin Tahan 69 PATI Di Pulau Merambong

JOHOR BAHARU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 69 pendatang asing tanpa izin (PATI) rakyat Indonesia termasuk seorang tekong bot di Pulau Merambong, Tanjung Kupang, di sini, Sabtu.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua 52 lelaki dan 17 wanita berumur 18 hingga 50 tahun termasuk tekong berumur 40-an yang ditahan itu dipercayai sedang menyusup keluar dari negara ini.

“Terdahulu, bot mereka yang dalam perjalanan dari Tanjung Adang menuju perairan Indonesia itu dikesan bot ronda anggota PPM yang menjalankan Op Landai di perairan Pulau Merambong, kira-kira 4.30 pagi.

Bot ronda PPM kemudian bertindak mengejar bot terbabit selama setengah jam sebelum bot tersebut hilang kawalan lalu menuju ke Pulau Merambong dan terkandas di kawasan air cetek,” katanya menerusi kenyataan Ahad.


Khiu berkata kesemua lelaki dan wanita itu kemudian dilihat melarikan diri ke pulau itu, namun, mereka akhirnya berjaya ditahan oleh anggota PPM berkenaan.

Beliau berkata kesemua mereka dan bot berserta tiga enjin itu dibawa ke PPM Tampoi untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori