Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Isyarat Telefon Bimbit Dedah...

JAKARTA ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Rahsia bagaimana pasukan pencari dan penyelamat berjaya mengesan lokasi terakhir pesawat...

Menteri Turut Bantu Tangkap...

TUMPAT - Dalam kesibukan berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Shaheizy Sam Rangkul Anugerah...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Shaheizy Sam yang berjaya menggenggam trofi Bintang Paling Popular...

KTM Terima Surat Jujur,...

BUKAN mudah berjumpa dengan orang yang jujur mahu mengaku salah memohon maaf, apatah...

Polis Melaka Tumpaskan ‘Geng Bordok’

JASIN – Polis Melaka menumpaskan ‘Geng Bordok’ dengan tertangkapnya tujuh anggota geng berkenaan yang disyaki terlibat dengan 17 kes pecah rumah dan satu kes curi motosikal di daerah ini sejak pertengahan 2014.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Sampornak Ismail berkata seorang daripada anggota geng itu ditahan di Kampung Parit Sialang, Sungai Rambai di sini pada 2 pagi 29 Dis lepas.

“Susulan penahanan suspek itu, kita menahan enam lagi rakannya di sekitar Merlimau dan Sungai Rambai termasuk ketua kumpulan itu yang bernama Bordok.

“Kesemua suspek yang berusia 17 hingga 30 tahun mengaku terlibat dalam semua kes itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain itu, polis turut merampas komputer riba, barang kemas, telefon pintar dan jam tangan mewah daripada mereka.


Sementara itu, beliau berkata polis menahan dua lelaki yang terlibat dengan kes samun kedai serbaneka dan dua lagi lelaki yang terbabit dalam kes samun warga Bangladesh, kedua-duanya di Jasin Bestari di sini.

“Semua barang yang dirampas daripada mereka dianggarkan RM80,000,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori