Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Syarikat Daftar Untuk GST...

KUALA LUMPUR - Syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah...

“Korang Kahwin Sebab Najib,...

DARI FB NAJIBANTARA sebab diberi saya apabila saya mendesak untuk pengeluaran KWSP dibenarkan...

QZ8501: Identiti Tiga Mayat...

Tiga lagi mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan berjaya dikenalpasti hari ini...

Pengurangan Kadar Tol 18%...

KUALA LUMPUR - Pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi pengguna kenderaan persendirian...

PPDNKK Kedah Rampas 3,400 Liter Diesel Lebih RM6,000

BUKIT KAYU HITAM – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah merampas 3,400 liter minyak diesel bernilai lebih RM6,000 dalam serbuan di sebuah premis di kawasan perindustrian di sini, hari ini.

Ketua Penguatkuasanya, Shahrudin Hamzah berkata serbuan hasil maklumat awam kira-kira 2 petang tadi mendapati premis yang beroperasi sejak setahun lepas itu menyimpan minyak diesel secara haram.

Beliau berkata hasil pemeriksaan juga mendapati lesen menyimpan barangan kawalan milik seorang lelaki tempatan berusia 30-an itu telah tamat tempoh pada Ogos tahun lepas.

“Lelaki terbabit gagal memperbaharui lesen menyimpan barangan kawalan dan ia menjadi satu kesalahan kerana menyimpan barangan kawalan itu tanpa lesen. Kita bimbang ia akan disalahgunakan untuk tujuan penyeludupan,” katanya pada
sidang media di sini hari ini.

Shahrudin berkata pemilik premis tersebut akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 3(1) Perintah Akta Kawalan Bekalan 1961, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM2 juta.


Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menyerbu sebuah lagi gudang menyimpan minyak di kawasan tersebut dan mendapati pemiliknya gagal mengemaskini buku stok petrol dan diesel.

Beliau berkata pihaknya merampas buku tersebut untuk tindakan lanjut mengikut Peraturan 13(1) Perintah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Negeri ini berdekatan dengan sempadan dan pihak kami sentiasa memantau premis yang menyimpan petrol dan diesel agar tidak berlaku penyeludupan ke negara jiran Thailand,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]yZKRheXO38w[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori