Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Indonesia Puji Usaha Bernama...

JAKARTA - Indonesia hari ini memuji usaha agensi berita, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia...

PRU15: 31 Peratus Keluar...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 31 peratus pengundi telah...

Kenyataan Azmin Tunjukkan PKR...

IPOH - Hasrat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin...

Tiada Paras Selamat Alkohol...

Menurut beliau, mereka yang berada di bawah pengaruh alkohol tidak berkemampuan untuk mengendalikan kenderaan.

PPM Semporna Tahan Enam PATI Warga Filipina

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai warga Filipina di Laut Tanjung Manimpa, semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata kesemua lelaki termasuk juragan berumur 16 hingga 75 tahun itu ditahan menerusi Operasi Paradise kira-kira 10.30 pagi selepas anggota PPM yang menjalankan rondaan terserempak dengan bot pam yang mencurigakan dari arah negara jiran.

“Siasatan awal mendapati juragan bot pam ini mengaku tinggal di Kampung Panji, Semporna manakala lima lagi lelaki mengaku berasal dari Sitangkai, Selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata kesemua mereka yang gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan sah serta pengenalan diri bakal didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63.


Beliau berkata tangkapan PATI ini juga merupakan yang pertama bagi tahun ini di Semporna.

Dalam operasi itu, PPM Semporna turut merampas 21 tong plastik kosong, dua tong gas kosong, dua pukat serta bot pam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori