Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Cool! Peserta The Voice...

THAILAND sememangnya terkenal dengan iklan komersil mereka yang amat kreatif dan sentiasa menyentuh...

Melecur 70 Peratus Akibat...

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki melecur sehingga 70 peratus selepas sebuah tong gas LPG...

Saman Charles Tidak Lagi...

Kuala Lumpur : Saman difailkan penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago terhadap Datuk...

Takrifan Umur 31 Kepada...

KUALA LUMPUR - Cadangan takrifan usia warganegara berumur 31 kepada warga emas seperti...

Program Penggajian, Penempatan Semula PATI

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula pendatang asing tanpa izin (PATI), kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

“Ini untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia bagi memenuhi permintaan industri serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI di negara ini, bagi tujuan pemantauan keselamatan,” kata Perdana Menteri.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016, di sini Khamis.

Beliau juga berkata kadar levi pekerja asing akan diklusterkan kepada dua kategori sahaja, tidak termasuk kategori pembantu rumah asing, bagi memperkemaskan sistem pengurusan pekerja asing.


Najib berkata selaras dengan pengumuman Bajet 2016 yang lepas, sumbangan 30 peratus daripada levi Human Resources Development Fund (HRDF) berjumlah RM200 juta akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja.

Beliau berkata ia akan dilaksanakan menerusi inisiatif ‘reskill’ atau latihan semula dan ‘upskill’ atau peningkatan kemahiran, termasuk bagi pekerja yang telah diberhentikan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]l-dozF8J9ZU[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori