Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Sesuatu Mungkin Berlaku Sebelum...

KUALA LUMPUR - “Sesuatu mungkin berlaku sebelum November.”Itu ciapan Ahli Majlis Tertinggi Parti...

PRN Sabah: Proses Pengundian...

KOTA KINABALU - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sabah bermula 8 pagi ini bagi membolehkan...

Pengalaman, Skil Penting Di...

KUALA LUMPUR – Biarpun belum sembuh sepenuhnya daripada jangkitan demam virus, jaguh berbasikal...

Lelaki Warga Tempatan Lemas...

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki warga tempatan dijumpai lemas di sebuah kolam ternakan...

PSM Seru Pakatan Lancar Perang!

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) kesal kerana Pakatan Harapan masih belum mengerahkan seluruh ahli dan penyokongnya menyertai perhimpunan besar-besaran membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) di ibu negara pada 23 Januari ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S. Arulchelvan berkata, Pakatan Harapan tidak boleh terus menunjukkan sikap takut untuk berperang seperti yang berlaku dalam bantahan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebelum ini.

“PAS mengumumkan akan menggerakkan ahli. Tetapi bagaimana pula dengan Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN). Sejauh mana mereka mengerakkan atau memobilisasi ahli-ahli mereka menentang TPPA cukup menyedihkan.

“Masih nampak tidak ada keazaman bersungguh-sungguh menentang TPPA, samalah seperti tidak ada keazaman semasa menentang GST dulu dimana pada awalnya mereka mengatakan akan berperang jika GST diluluskan. Namun GST terus diluluskan pada April 2015. Tiada perang berlaku dan hanya rungutan sahaja yang kedengaran,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Arulchelvan berkata, tarikh 23 Januari 2026 sepatutnya menjadi perhimpunan besar terakhir yang penting untuk rakyat mengutarakan bangkangan mereka ke atas pelaksanaan TPPA.

Bagaimanapun, katanya, beliau jadi lebih runsing kerana mobilisasi anti TPPA yang dianjurkan oleh kumpulan Bantah TPPA tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh parti-parti Pakatan Harapan.


“Nampaknya masih belum membuat satu ketetapan. Juga tidak ada apa-apa arahan kepada ahli parti untuk turun memobilisasi rakyat.

“Mungkin kerana pengerak utama aksi Bantah TPPA digerakkan oleh PAS dan Perkasa. Ini mungkin menyebabkan parti-parti Pakatan Harapan serba salah,” katanya.

Menurutnya, semua pihak perlu mengenepikan ketidaksefahaman ideologi dan bersama dalam perhimpunan menentang TPPA untuk memberi mesej kepada UMNO-BN bahawa ia tidak popular lagi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori