Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Lima Cedera Dalam Pergaduhan...

KUALA LUMPUR - Lima cedera, dua daripadanya parah, dan 11 ditahan polis kerana...

Video Lawak Zulin Aziz...

PEMINAT yang menggemari industri hiburan Korea Selatan pastinya cukup mengenali figura bernama Lee...

Lee Chong Wei Tewas...

KUALA LUMPUR - Misi memburu kejuaraan pertama selepas lapan bulan tidak kesampaian buat...

Kerajaan Tidak Akan Bayar...

Ahli Parlimen pihak pembangkang dilihat beriya-iya meminta kerajaan membayar wang tebusan RM6 juta...

Rakyat Malaysia Pandai Menipu – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Perbuatan Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14; menipu keluarga kononnya dia diculik membuktikan golongan muda negara masa kini menguasai teknik untuk menipu.

Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, wanita semuda itu berupaya menipu hingga menimbulkan perasaan takut, bimbang dan simpati dalam kalangan masyarakat.

“Rakaman suara dia diculik telah menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan simpati mengiringi cerita tipu itu.

Teknik bohong dan tipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya telah dikuasai rakyat semuda itu. Siapakah ajar teknik pembohongan dan penipuan sebegini?” katanya menerusi laman Facebook beliau pada Jumaat.

Polis pada 1 Januari memaklumkan telah menemui Nur Amirah Athirah yang sebelum ini mendakwa diculik dua lelaki di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor.


Dia ditemui selamat di Banting malam Khamis di depan sebuah stesen minyak di Banting bersama-sama seorang pemuda yang dipercayai teman lelakinya.

Soal siasat ke atas remaja itu mendapati mangsa sengaja mereka cerita kononnya dia telah diculik dengan tujuan untuk hidup bebas daripada keluarga. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori