Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Simulasi Kebakaran LRT Uji...

PETALING JAYA - Bagi menguji kesiapsiagaan anggota penyelamat dan prosedur operasi standard (SOP)...

Ditinggalkan Kekasih Muda Selepas...

Seorang wanita tidak menyangka percintaannya dengan lelaki yang 20 tahun lebih muda daripadanya...

Curi Kabel Punca Gangguan...

KOTA KINABALU : Menara Kinabalu yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri Sabah mengalami...

Tahniah KJ, Isteri Timang...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang selamat...

Remaja 14 Tahun ‘Kelentong’ Diculik Mengaku Salah

KLANG: Remaja perempuan 14 tahun yang mendakwa diculik Disember lalu, mengaku bersalah atas tuduhan memberi keterangan palsu di Mahkamah Majistret, di sini.

Dia yang memakai baju hospital berwarna hijau, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad.

Dia didakwa mengikut seksyen 196 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menggunakan keterangan diculik sebagai keterangan yang benar sedangkan ia adalah palsu.

Perbuatan itu dilakukan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, kira-kira jam 9.12 pagi, 29 Disember lalu.

Terdahulu, teman lelakinya, Gan Chin Teck, 19, turut didakwa di mahkamah yang sama kerana melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan yang sah.

Bagaimanapun, Chin Teck tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali.

Pada 27 Disember lalu, seorang gadis dilaporkan hilang berdekatan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang.

Kes kehilangan gadis itu menjadi viral di laman sosial selepas rakaman perbualan telefon antara remaja itu bersama kakak angkatnya tersebar.

Bagaimanapun, pada 31 Disember lalu, jam 7.45 malam, Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor, yang ditubuhkan berjaya menemui remaja itu bersama teman lelakinya di stesen minyak di Kanchong Darat, Banting. – BERITA HARIAN ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori