Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Semua Kaunter Jabatan Imigresen...

PUTRAJAYA - Semua kaunter Jabatan Imigresen di seluruh negara akan ditutup selama tiga...

PM Harap Semangat Jiwa...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semangat jiwa merdeka dan perpaduan...

Tangan Disambar Buaya Masa...

KALIMANTAN TIMUR - Seorang lelaki bernasib malang apabila tangan kanannya cedera parah setelah...

Kehidupan Berubah Setelah Jadi...

KOTA BHARU - "Saya kini menjalani kehidupan yang jauh berbeza apabila semua rutin...

Remy Ishak Ke Makkah Dari New York, Bawa Ibu Tunai Umrah

REMY Ishak berkata, tahun 2016 bakal membawa banyak perkara baru dalam hidupnya termasuk mahu mengotakan janji membawa ibunya menunaikan umrah penghujung Januari ini.

“Saya sudah lama menyimpan hajat membawa ibu menunaikan umrah di Makkah. Alhamdulillah, tahun 2016 membuka tirai dengan perkara baik dan sekaligus saya dapat menunaikan janji yang sudah lama tertangguh kepada ibu.

“Biarpun jadual kerja agak padat bulan ini, namun tanggungjawab sebagai seorang Muslim harus diutamakan. Jadi, sehari selepas menjalani penggambaran di New York, saya akan ke Makkah.

“Semoga perjalanan saya ke Tanah Suci akan dipermudahkan dan segala urusan berjalan lancar. Saya teruja untuk pergi dengan kesihatan yang masih baik. Walaupun pelbagai cerita singgah ke telinga, apa yang penting sebagai umat Islam kita perlu menjaga adab dan akhlak sepanjang di sana.

“Apatah lagi tujuan kita adalah untuk beribadat dan mendekatkan diri dengan agama,” katanya.


Semoga perjalanan Remy dan ibunya akan dipermudahkan.

Sumber: BH Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=WdRb_0NwG1I]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori