Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Gubal Buku Teks Sejarah...

KUALA LUMPUR - Penggubalan kurikulum dan kandungan buku teks mata pelajaran sejarah untuk...

122 Terbunuh Akibat Banjir,...

SEKURANG-kurangnya 122 orang terbunuh dalam kejadian banjir lumpur di Sri Lanka selepas dilanda...

Kucing Diiktiraf Sebagai Pelajar...

SERING berlegar dan kadang kala turut sama mengikuti pembelajaran di Sekolah Tinggi Leland,...

Kakitangan Hospital Dihukum Ibu...

DUA kakitangan hospital telah digantung tugas susulan kejadian seorang wanita muda membunuh diri...

Rita Rudaini Harap Fasha Sandha Kuat Demi Anak

SEBAGAI rakan seperjuangan dalam industri seni, pelakon jelita Rita Rudaini mengakui dirinya turut terkesan dan sedih apabila dengar berita Fasha Sadha yang kini sah bercerai dengan bekas suaminya, Jejai, pada Rabu lalu.

1Fasha-Sandha-Tidak-Percaya-Orang-Gaji-Jaga-Anak-ROTIKAYA20150330_1919-700x545

Pernah melalui nasib yang sama, Rita berharap Fasha cekal dan sabar menghadapi ujian ini demi anak-anak.

“Apabila mendapat tahu khabar itu semalam, saya turut bersedih. Saya pernah melalui situasi sama apatah lagi memiliki dua anak kecil ketika bercerai.

“Membesarkan anak yang masih kecil seorang diri sangat mencabar. Jadi saya berharap Fasha kuat.

“Saya berdoa semoga dia tabah. Kalau boleh jangan fikir masalah lain, sebaliknya mula berfikir masa depan anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, ibu tunggal ini mendedahkan dia sebenarnya mengikuti perkembangan berkenaan gosip rumah tangga Fasha sejak tahun lalu.


“Ketika mendengar gosip itu, saya mengharapkan tidak berlaku perceraian sebaliknya mahu dia pertahankan perkahwinan mereka dalam apa cara sekalipun.

“Kalau bukan untuk diri sendiri, fikirkan demi anak. Saya tidak mahu dia melalui pengalaman seperti saya. Namun, dalam perkara ini semuanya Allah SWT sudah tentukan,” katanya.

Rita-Rudaini-Anak-1

Rita sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Johor Darul Ta’azim, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 5 September 2013. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=dHxtHOb7d_8]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori