RUMAH agam bintang Hollywood, George Clooney yang bernilai RM63 juta telah dilanda banjir selepas air dari Sungai Thames melimpah. Rumah berkenaan baru sahaja menjalani pengubahsuaian besar-besaran baru-baru ini.
Hujan lebat mengakibatkan paras air sungai itu naik dengan tiba-tiba hingga melimpah ke sekeliling rumah Clooney.
Clooney, 54,dan isterinya, Amal membeli rumah tersebut pada bulan Oktober 2014 dan kerja-kerja pembinaan kolam renang baru di situ hampir siap, ketika banjir melanda semalam.
Pasangan itu baru berpindah ke rumah mereka beberapa bulan lalu dan kini terpaksa berdepan dengan bencana terbabit.
Mereka berjiran dengan Setiausaha Dalam Negeri Britain, Theresa May dan gitaris Led Zeppelin, Jimmy Page. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]6Wa4cSwfakM[/wpdevart_youtube]