Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tegas, Adil, Tepati Masa...

KUALA LUMPUR - Sikap tegas, adil dan tidak berkompromi dengan masa adalah antara...

Imigresen Kedah Tahan 10...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

ADUN Permatang Pasir Didakwa...

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad...

Malaysia, Brunei Setuju Kurang...

MIRI - Kerenah bikorasi melibatkan perjalanan darat di antara Malaysia dan Brunei akan...

Rundingan Beli Eagle High Masih Diteruskan – FGV

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini mengulangi bahawa rundingan mengenai cadangan pembelian PT Eagle High Plantations (EHP) Tbk masih diteruskan dengan PT Rajawali Corpora yang berpangkalan di Indonesia.

Menurut FGV, kenyatan tersebut bertujuan menjelaskan mengenai laporan berita sebelum ini berhubung syarikat itu membeli EHP pada premium.

“Kami menggesa semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai perincian atau hasil daripada sebarang transaksi atau sebarang faktor yang mungkin menjejaskan keputusan perniagaan kami,” menurut FGV dalam satu kenyataan di sini hari ini

Baru-baru ini, Pengerusi Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata rundingan mengenai perkara itu dijangka dimuktamadkan pada Mac.


Pada 12 Jun, 2015, FGV mengumumkan cadangan pembelian pegangan 3 peratus dalam Eagle High daripada PT Rajawali Corpora yang berpangkalan di Indonesia yang dipegang oleh Tan Sri Peter Sondakh pada US$680 juta. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]S1JyzJtMEUI[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • FGV

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori