Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Nepal: Angka Kematian Meningkat...

NEW DELHI - Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan angka kematian...

Rakan Artis, Peminat Segan...

PENGHIJRAHAN selebriti-selebriti tempatan baik lelaki mahupun wanita ke arah yang lebih baik merupakan...

Tiada Ancaman, Polis Ulas...

KUALA LUMPUR - Penganjuran Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di sini minggu depan kini...

Jemaah Diseru Bantu Bina...

ARAFAH - Jemaah haji Malaysia diseru untuk bersama-sama kembali membina semula negara berasaskan...

Sah Jadi Isteri lelaki Itali, Kavita Kaur Akui Berbaloi Tunggu lama

TAHNIAH diucapkan pelakon dan model terkenal, Kavita Kaur Sidhu yang telah selamat bergelar isteri kepada lelaki warga Itali, Roberto Guiati, 36; pada Jumaat.

2

Kavita yang mengakhiri zaman solonya pada usia 44 tahun mengakui mengakui dirinya berasa amat bertuah dijodohkan dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang dicarinya meskipun lama menunggu.

“Berbaloi saya menunggu lama dan akhirnya dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai kesemua ciri lelaki berkualiti dan idaman setiap wanita.

“Paling penting yang membuatkan saya jatuh cinta dengannya adalah dia sangat menghormati wanita. Pendek kata, saya bertuah apabila berkahwin dengannya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pelakon filem Waris Jari Hantu itu, suaminya merupakan individu yang cepat mesra dan mudah bergaul dengan ahli keluarganya sejak kali pertama berjumpa.


Pasangan ini menjalin hubungan selama empat tahun sebelum Roberto melamar Kavita Julai lalu ketika mereka bercuti di Phuket, Thailand.

Untuk makluman, suami Kavita sudah sembilan tahun menetap di Malaysia dan bekerja dalam bidang pemasaran industri ‘oil and gas’.

Majlis perkahwinan mereka telah berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, malam tadi. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=NyR9v9xVVsk]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori