Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kilang Ais Alami Kebocoran...

GEORGE TOWN - Sebuah kilang membuat ais di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan...

Anak Obama Kerja Krew,...

ANAK sulung Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah berjaya mendapat pekerjaan bagi mengisi...

Lelaki Langgar Lari Warga...

JOHOR BAHRU - Lelaki yang melanggar lari seorang warga Singapura hingga menyebabkan kematiannya...

Pengurus Hotel Dihukum Gantung...

MUAR - Seorang pengurus hotel dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Saya Dan Bantuan Pelarian Di Turki – Thaqib Shaker

SAYA Thaqib, seorang pelajar Malaysia jurusan Master di dalam bidang Perhubungan Antarabangsa di salah sebuah Universiti swasta di kota Izmir, Turki.

Saya, di samping menggalaskan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, saya juga telah menggerakkan usaha dalam membantu para pelarian-pelarian yang wujud di kota Izmir ini.

Untuk pengetahuan anda, di Izmir sahaja, terdapat sekurang-kurangnya 400,000 pelarian Syria. Mereka hidup di dalam serba kekurangan dan kemiskinan apatah lagi ketika musim sejuk yang telah pun tiba kini. Anak-anak kecil tanpa berkasut menahan kesejukan di dalam dakapan ibu-ibu mereka yang kekurangan selimut untuk menghangatkan badan mereka.

INI ORGANISASI SAYA DI TURKI: www.facebook.com/HTRIZ

BAGAIMANA UNTUK ADA MENYUMBANG?: www.generosity.com

Kesengsaraan mereka ditambah lagi dengan tiada bantuan yang diberikan oleh kerajaan Izmir, manakala hanya terdapat sekitar 2-3 organisasi yang membantu para pelarian ini, itupun hanyalah sekadar kerja sampingan dan ianya sangatlah tidak mencukupi.

Sekurang-kurangnya, 3 bulan yang lalu, saya telah pun menjalankan sebuah program bantuan pelarian yang pertama di bawah anjuran Persatuan Pelajar Malaysia di Turki. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan jayanya dan kami bersama lagi 9 orang wakil pelajar antarabangsa yang datang daripada negara-negara yang berbeza seperti Sepanyol dan Korea Selatan berjaya memberi sedikit sumbangan kepada 30 buah keluarga pelarian di sebuah tempat bernama Kadifekale.

Program ini mendapat sokongan dan sambutan yang hangat dari ramai pihak yang berada di Izmir bahkan saya mendapat banyak kata semangat dan dorongan daripada pihak NGO yang menjalankan kerja yang sama daripada Eropah.

Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menjalankan program ini di bawah Persatuan Pelajar Malaysia di Izmir sebaliknya di bawah nama organisasi yang baharu iaitu ‘Aegean Refugee Aid’. Organisasi tidak berdaftar ini berjaya diwujudkan hasil dari perbincangan daripada rakan-rakan yang lain. Saya telah diberi tanggungjawab sebagai seorang perancang/presiden untuk organisasi ini memandangkan saya mempunyai beberapa pengalaman dalam menjalankan program-program ini.

Beberapa hari yang lalu, saya turut menghasilkan sebuah WEBSITE rasmi untuk organisasi ini, anda boleh lawatinya di: aegeanaidrefugee.com

Mengapa saya perjelaskan hal ini? Untuk menghebahkan kepada anda semua, rakyat Malaysia supaya terus menyokong usaha yang kami lakukan ini, berserta memberi sebarang pendapat atau idea penambahbaikkan bahkan menyertai kami bersama-sama sebagai sukarelawan!

Saya merasakan bahawa saya tidak perlu untuk terus memperjelaskan kegiatan dan aktiviti yang saya lakukan bersama rakan-rakan di sini. Cukuplah saya sekadar mengajak anda semua melihat sebentar gambar-gambar bukti program yang telah pun kami jalankan.


TOLONG LIHAT WALAU SEBENTAR..

PROGRAM BANTUAN PELARIAN PERTAMA:
https://www.facebook.com/thaqibshaker/media_set?set=a.507397529439084.1073741870.100005065240946&type=3

PROGRAM BANTUAN PELARIAN KEDUA:
https://www.facebook.com/thaqibshaker/media_set?set=a.509517142560456.1073741871.100005065240946&type=3

PROGRAM BANTUAN PELARIAN KETIGA:
https://www.facebook.com/thaqibshaker/media_set?set=a.511506642361506.1073741873.100005065240946&type=3

PROGRAM BANTUAN PELARIAN KEEMPAT:
https://www.facebook.com/thaqibshaker/media_set?set=a.513543962157774.1073741875.100005065240946&type=3

PROGRAM BANTUAN PELARIAN KELIMA:
https://www.facebook.com/thaqibshaker/media_set?set=a.517139648464872.1073741876.100005065240946&type=3

DAN BANYAK LAGI..

Anda boleh lihat segala update terbaharu saya dari profile saya. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, boleh diajukan pada saya.

Terima Kasih.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori