Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengarah, 2 Lelaki...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah dan dua bekas pembantu pengurus akaun sebuah...

Calarkan 9 iPhone 6s...

CHINA adalah negara yang semakin dipenuhi dengan orang kaya baru.Menurut sebuah kajian tahunan, golongan jutawan di...

Rumah Tan Sri Isa...

NILAI – Rumah Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Nilai Spring Heights...

5,392 Warga Asing Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seramai 5,392 warga asing kini berada di pusat tahanan di...

Sebuah Rumah Bukit Mertajam Hangus Terbakar

BUKIT MERTAJAM – Sebuah rumah papan dua tingkat di Jalan Padang Ibu, Guar Perahu di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Fauzi Shuib berkata tiada penghuni di rumah berkenaan yang pihaknya difahamkan pasangan suami isteri yang tinggal di situ berada di rumah anak mereka di Ipoh, Perak.

Beliau berkata kebakaran itu disedari seorang jiran yang tinggal di kawasan berkenaan sebelum mereka menghubungi pihak bomba pada pukul 8.49 malam.
Punca kejadian masih disiasat.

Jiran tersebut Norhafizah Abdul Wahab berkata beliau menyedari kebakaran itu ketika melalui kawasan rumah berkenaan dan ternampak percikan api dari ruang tamu kediaman jirannya tersebut.


“Saya sedang menunggang motosikal untuk ke kedai. Bila lalu depan rumah itu, saya ternampak percikan api di bahagian bawah rumah dan saya terus telefon bomba sebelum saya panggil beberapa penduduk kampung untuk tolong padamkan api.

“Tapi api sangat marak dan merebak dengan cepat. Masa pihak bomba sampai separuh daripada rumah itu telah terbakar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori