SELEBRITI dan fesyen memang perkara yang tidak boleh dipisahkan. Gaya mereka yang tampil cantik dan elegan di acara berprestij dan malam gala sering dinantikan peminat fesyen.
Waktu inilah mereka akan melaram abis terutama ketika melalui karpet merah dengan menggayakan pakaian rekaan pereka fesyen terkenal.
Terbaharu bersempena People’s Choice Award 2016 yang berlangsung hari ini di Microsoft Theater, Los Angeles, California, Amerika Syarikat ramai selebriti menggayakan busana mewah masing-masing.
Berikut antara gaya selebriti di karpet merah acara berkenaan;
Mungkin ramai menggemari fesyen-fesyen yang digayakan barisan selebriti ini dan mungkin juga, ada fesyen yang dirasakan nampak macam tak kena.
Tak apalah, ini merupakan acara anugerah pertama di Los Angeles untuk tahun ini. Mungkin akan datang kita bakal disajikan banyak lagi fesyen dan gaya menarik oleh para selebriti terkenal. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: E News
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=RD1Up0wyxdA]