Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Najib Bersarapan Bersama Orang...

KUCHING - Mi jawa, sate ayam, sate kulit dan kuih celorot (makanan tradisional...

Tabika & Taska Kemas...

KUCHING - Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) kendalian Jabatan...

JPJ Kelantan Sita 96...

KOTA BAHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah menyita 96 kenderaan klon...

Najib Perlu Jelas Punca...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan alasan...

Seorang Pekerja Swasta Terbunuh Kemalangan Motosikal

BESUT – Seorang pekerja swasta terbunuh akibat cedera parah di bahagian kepala apabila motosikal yang ditungganginya terbabas di Jalan Empangan Jajar Hulu Besut.

Ketua Polis Besut, Supt Khaled Che Lah berkata dalam kejadian 4.20 petang semalam, mangsa dikenali sebagai Mohd Bakri Yusof, 25, dari Kampung Gong Duek, Jerteh yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC secara berseorangan dari arah Pasir Akar, Hulu Besut.

Dalam perkembangan lain, Khaled memberitahu pemberita pihaknya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang dikehendaki kerana melarikan wang pelanggan dalam urusan pembelian kereta dua tahun lalu.

Katanya menerusi laporan yang dibuat mangsa pada 2014, mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM10,345 kepada suspek yang bekerja sebagai jurujual di syarikat menjual kereta bagi mendapatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi SE(A).

Bagaimanapun mangsa gagal mendapatkan kereta tersebut apabila suspek menghilangkan diri.


Menurutnya, suspek ditahan beberapa hari lalu di Jerteh dan kini direman untuk disoal siasat.

“Siasatan juga sedang kami jalankan terhadap suspek berkaitan dua kes lain yang dilakukannya di Besut membabitkan urusan dengan pelanggannya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori