Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

‘Saya Orang Parti! Darah...

KUALA LUMPUR: "Jati diri saya adalah jati diri UMNO. Siapalah Ismail Sabri tanpa...

MB Kelantan Yakin Bajet...

KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan menjangkakan Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri...

Netizen Kutuk Alasan ‘Bodoh’...

YE KE?... Setelah tular, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) cuba menafikan penguatkuasanya bertindak...

GST Singapura Naik 8...

SINGAPURA : Cukai barang dan perkhidmatan (GST) di republik ini akan dinaikkan mulai...

Serangan Berdarah: 50 Premis Starbucks Jakarta Ditutup

JAKARTA – Pihak pengurusan rangkaian kafe kopi terbesar antarabangsa, Starbucks mengumumkan penutupan sementara semua 50 buah cawangannya di Jakarta “sehingga satu tarikh yang akan diumumkan nanti.”

Demikian menurut kenyataan rasmi dikeluarkan gergasi global itu setelah salah satu cawangannya berdekatan dengan gedung Sarinah Mall digegarkan serangan kumpulan pengganas secara nekad pada pagi 14 Januari.

“Cawangan ini dan semua cawangan Starbucks di Jakarta akan ditutup, sebagai langkah berhati-hati, sehingga satu tarikh yang akan diumumkan nanti. Kami sedang memantau situasi dengan teliti,” menurut Starbucks.

Terdapat sebuah cawangan Starbucks di lokasi kejadian iaitu aras bawah Jakarta Theater atau disebut Skyline di Jalan MH Thamrin No.9 yang beroperasi 24 jam dan ia menjadi tumpuan warga kota selain pelancong asing.

Firma berpusat di Seattle, Amerika Syarikat itu turut melahirkan perasaan sedih atas insiden yang meletus di ibu kota Indonesia tersebut dan menyatakan simpati bersama-sama rakyat negara terbesar rantau Asia tenggara itu.


“Laporan awal menyatakan seorang pelanggan kami mengalami kecederaan ringan, namun mangsa menerima rawatan di tempat kejadian manakala semua rakan (anggota petugas) kami disahkan selamat,” jelas Starbucks lagi.

Selain Jakarta, Starbucks memiliki 16 cawangan di pulau peranginan popular Bali, juga di Surabaya (18), Bandung (11), Medan (5), Yogyakarta (2), Palembang (2) serta Semarang dan Pontianak masing-masing sebuah sahaja.

Syarikat yang ditubuhkan pada 1971 lalu itu kini mempunyai 16,120 buah cawangan di 49 negara dengan 172,000 orang pekerja di seluruh dunia serta pendapatan kasar tahunan berjumlah AS$9.4 bilion (RM41.3 bilion).

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori