Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sedih, Anak Kucing Kelaparan...

SEDIH... Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila melihat tiga ekor anak kucing masih berada...

PKR Menafikan Laporan Astro...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan laporan Astro Awani yang mendakwa...

Video: Cara Untuk Sedarkan...

SUDAH terang dan jelas bahawa merokok adalah sesuatu perkara yang memudaratkan serta membahayakan...

Kerajaan Akan Biaya Projek...

KUALA LUMPUR - Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dijadual siap menjelang...

Shah Iskandar Sah Bergelar Suami Siti Sarah

PELAKON Shah Iskandar sah bergelar suami kepada suri hidupnya, Siti Sarah Mohd. Noor, 30, dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang diadakan di The Ballroom @East Coast, Singapura, petang Sabtu.

Shah, 33, pelakon kelahiran seberang tambak itu menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000 selain mas kahwin berupa sebentuk cincin emas.

Pasangan secocok itu turut berbalas dua dulang hantaran.

“Alhamdulillah, fasa baru untuk saya dan isteri tempuhi sudah bermula. Semoga hidup kami akan diberkati. InsyaAllah,” katanya dipetik BH Online.

shah1

Majlis pernikahan aktor yang kini popular dengan drama Cik Cinderella dan Encik Tengku itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sanak saudara.


Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Shah Alam, Selangor pada 16 April depan.

Menurut Shah, dia tertarik dengan sikap penyabar, baik hati serta isterinya seorang yang sangat memahami kerjaya seni.

Tahniah Shah dan isteri! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori