Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Guru Wanita Sangap Guna...

KEJI dan menjijikkan! Itu gambaran paling sesuai untuk perilaku seorang guru wanita di...

Siasatan Isu Tanam Kepak...

KUCHING - Pasukan khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi...

Pelajar Hilang Ketika Maraton...

HULU TERENGGANU - Pelajar Tingkatan Empat yang hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di...

Aiman Tino Masih Jual...

PENYANYI Aiman Tino, 18, dahulunya merupakan seorang penjual char kuew teow kini berjaya...

Shaheizy Sam Pilih Syatilla Melvin Sebagai Suri Hidup

PELAKON Shaheizy Sam, 34, hari ini mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihannya, Syatilla Melvin, 25, pada 8 Februari ini.

Lebih indah, majlis ini dilaporkan mendapat tajaan berjumlah keseluruhan RM25 juta sekaligus menjadikan perkahwinan ini Wedding Of The Year.

shahizey
Sam bersama ibunya, Kathy Fauziah pada sidang media khas pengumuman perkahwinannnya sebentar tadi.

Sam yang ditemui pada sidang media khas yang diadakan sebentar tadi di sebuah hotel di Kuala Lumpur berkata, sejujurnya dia tidak mengetahui siapakah penaja-penaja yang sudi menaja majlisnya ini kerana ibunya merupakan tulang belakang kepada segala persediaan perkahwinan.

Menurut Sam, jumlah berkenaan membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta manakala RM5 juta lagi membabitkan persiapan dekorasi pelamin, pakaian, tatarias serta cenderahati.

Majlis akad nikah Sam dan Syatilla akan diadakan di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi pihak perempaun pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.


Bagi majlis resepsi sebelah pihak Sam pula, akan diadakan pada tanggal 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur manakala majlis meraikan peminat pada 20 Februari depan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=CBZV3isoxac]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori