Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Selangor Disaran Segera...

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor disaran segera mencontohi negeri-negeri lain yang telah menandatangani...

Adele Dituduh Ciplak Lagu...

ADALAH pelik dan mustahil bagi seorang penyanyi profesional untuk meniru hasil gubahan lagu...

YKN-Tabung Rakyat Palestin Sumbang...

PUTRAJAYA - Sejumlah RM500,000 disumbangkan kepada Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian...

Tentera Israel Tahan 14...

RAMALLAH - Tentera Israel pada Rabu menahan 14 rakyat Palestin di beberapa bandar...

Kumpulan ‘Singkir Mukhriz’ Punca UMNO Kalah 2008 – Tun M

LANGKAWI – Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mendakwa kumpulan yang merancang untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah adalah kumpulan sama yang menyebabkan UMNO kalah di Kedah pada pilihan raya umum 2008.

Sambil menyifatkan kumpulan itu tidak mempunyai reputasi baik, beliau berkata langkah mereka menuntut penyingkiran Mukhriz merupakan suatu tindakan yang “amat bersifat politik”.

“Mereka mengambil langkah itu tanpa mendapatkan pandangan rakyat (golongan akar umbi) dan merekalah (rakyat) yang akan terpaksa menanggung akibatnya (sekiranya berlaku sebarang perubahan terhadap kepimpinan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Global Doctors Clinic, satu rangkaian perkhidmatan perubatan antarabangsa di sini.

Dr. Mahathir berkata ketika menjadi perdana menteri, beliau ada melakukan perubahan terhadap kepimpinan UMNO Kedah, namun parti itu dapat terus mentadbir Kedah.

Rabu lepas, Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mengetuai satu sekumpulan terdiri daripada 15 ketua bahagian UMNO, Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen dari Kedah untuk menyuarakan kehilangan keyakinan mereka terhadap Mukhriz dan menuntut penyingkirannya sebagai Menteri Besar.


Dr .Mahathir berkata selepas isu itu tercetus, beliau ada berjumpa dengan Mukhriz dan antara perkara yang mereka bincangkan ialah berhubung isu berkenaan, di samping hal ehwal keluarga.

Ditanya mengenai nasihat beliau kepada Mukhriz, beliau berkata: “Dalam politik, apa saja boleh berlaku. Tidak ada apa yang kekal kerana kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh bertukar menjadi kawan.”

Dr. Mahathir berkata sejak timbulnya isu itu, beliau tidak menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana tegasnya, tiada nasihat yang perlu beliau beri kepada Najib.

“Saya berpendapat beliau perlu melakukannya (menangani perkara itu). Beliau pandai dan tak perlulah saya menasihati beliau,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]oJPTiK09WO8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori