Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bekas ADUN DAP Didakwa...

SHAH ALAM - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Datok mengaku tidak...

Palestin Bidas UK ‘Melihat...

RAMALLAH: Palestin semalam menegaskan, sebarang langkah Britain untuk memindahkan kedutaannya di Israel dari...

Eksekutif AS Bimbang China...

SINGAPURA - Penangkapan pegawai kanan gergasi teknologi China, Huawei, mendominasi pertemuan tertutup syarikat...

Shuib Sepahtu Jadi ‘Raja...

MELAKA - “Akhirnya saya mampu menarik nafas lega dan ia berakhir tanpa insiden,”...

Sistem Penghawa Dingin Di NICU Hospital Segamat Pulih

KUALA LUMPUR – Sistem penghawa dingin berpusat di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) Hospital Segamat kembali pulih, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Kata beliau, sistem penghawa dingin yang mengalami kerosakan itu beroperasi semula selepas kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan diselesaikan pagi ini.

“Kementerian Kesihatan mengambil tindakan serta merta sejurus dimaklumkan terdapat kerosakan pada sistem penghawa dingin Hospital Segamat bagi memastikan pesakit dalam keadaan selesa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Subramaniam bagaimanapun memaklumkan, Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan yang wajar semasa kerosakan itu berlaku.

Menurutnya, pihak hospital memasang dua unit penghawa dingin mudah alih dengan serta merta sebagai tindakan remedial kepada masalah tersebut.

“Bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman, pakar-pakar perubatan bersama Unit Kawalan Infeksi Hospital Segamat, telah mengambil langkah-langkah kawalan jangkitan kuman supaya keadaan pesakit selamat dan terjamin,” katanya.


Kata beliau, Kementerian Kesihatan sentiasa peka dengan kebajikan kesihatan pesakit dengan memastikan pengurusan dan perkhidmatan kesihatan dalam keadaan baik dan cekap.

“Pengurusan Hospital Segamat akan sentiasa memantau rapi keadaan di NICU dari semasa ke semasa bagi memastikan sistem yang baru diperbaiki ini terus berfungsi,” katanya.

Media semalam melaporkan sistem penghawa dingin berpusat di NICU Hospital Segamat mengalami kerosakan sejak seminggu lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori