BERSEMPENA dengan sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ke-37 semalam, artis bersuara emas ini sempat berkongsikan memori ulang tahunnya bersama Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail.
Video yang memaparkan Almarhum Tunku Abdul Jalil menyanyikan lagu My Baby You oleh Marc Anthony itu telah dimuat naik oleh penyanyi ini menerusi laman Instagram miliknya semalam.
Menerusi video tersebut, Siti turut meletakkan kapsyen “Birthday present yang takkan saya lupa.. Almarhum Tunku Laksamana Johor nyanyikan lagu kegemaran saya di hari jadi saya.”
Almarhum mangkat 5 Disember lalu akibat penyakit kanser hati di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.
Dalam pada masa sama, penyanyi sensasi ini turut meluangkan masa menyambut ulang tahun kelahirannya ini di Jakarta, Indonesia.
Lebih meriah, sambutan ini turut dihadiri oleh penyanyi terkenal Indonesia iaitu, Kris Dayanti, yang juga merupakan kawan baiknya.
Selain itu, Siti turut menerima kejutan sambutan hari jadi daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, ketika berada di sebuah hotel di Jakarta.
Akhir kata, kami mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Datuk Siti Nurhaliza, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta teruskan perjuangan menjadi insan seni yang disayangi ramai. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=rx0tZjWsZTU]