Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Maszlee Kekal Menteri Pendidikan,...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik akan kekal di portfolio sekarang...

KDN Haram Akhbar Daesh,...

PUTRAJAYA - Selepas diharamkan di Singapura, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan...

Tabung Kebajikan Bantu Tiga...

KOTA BHARU - Tragedi pembunuhan tiga beranak di Wakaf Mek Zainab di sini,...

Video: Bogel Tunggang Motosikal...

SATU video menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan bogel menunggang motosikal untuk ke kedai...

Spesies Monyet Terkecil Dunia Tarikan Baru Di Zoo Johor

JOHOR BAHRU – Spesies monyet Marmosets iaitu terkecil di dunia kini menjadi daya tarikan terbaharu Zoo Johor dan secara kebetulan pula muncul menjelang Tahun Baru Cina bulan depan yang merupakan tahun monyet.

Pengurus Zoo Johor, Zakaria Razali berkata, lima ekor monyet itu diterima November lalu bersama-sama dua ekor spesies monyet tupai bakal ditempatkan dalam kandang baharu lebih besar dan memenuhi standard antarabangsa.

Kedua-dua spesies berkenaan adalah penghuni benua Amerika Selatan. Monyet Marmoset hanya boleh membesar sehingga 20 sentimeter sahaja. Ia hanya ditemui di wilayah hutan hujan terkenal Amazon sahaja.

Zakaria berharap pengenalan spesies monyet nadir ini akan mampu menjadi daya tarikan paling baharu di Zoo Johor sekali gus meningkatkan lagi jumlah kunjungan ke taman haiwan berkenaan.

Apatah lagi katanya, ia kebetulan dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini yang merupakan tahun monyet. Selain dua spesies terbaru ini, Zoo Johor turut mempunyai spesies monyet capuchin, bonet dan mandril.


Dibina pada 1928, Zoo Johor yang sebahagian daripada Kebun Istana Johor; terletak di Jalan Gertak Merah berhadapan dengan Masjid Sultan Abu Bakar dan adalah antara yang tertua di negara ini. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori