PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sungai Petani, Kedah sedang menjejaki lelaki warga Bangladesh, Partho Bary, bagi membantu siasatan kes rasuah.
Lelaki itu disyaki memberikan rasuah kepada seorang anggota polis yang menahannya kerana menunggang motosikal tanpa lesen pada 2014, kata SPRM dalam kenyataan hari ini.
Alamat terakhir lelaki terbabit ialah di Taman Lobak Pasar Malam, Kulim, Kedah namun cubaan SPRM cubaan mengesannya sebelum ini gagal.
Sehubungan itu, SPRM meminta Partho sendiri atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenainya agar pegawai penyiasat SPRM Mohd Hazrulhaiz Sapardi di talian 019-6000824 atau Masri Ahmad di talian 019-5781154.
Mereka juga boleh dihubungi melalui emel [email protected] atau [email protected]. – BERNAMA