Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MP Segambut Dicabar Tidak...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dicabar supaya tidak masuk...

Jabatan Penjara Nafi Dakwaan...

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara menafikan dakwaan bekas banduan Penjara Sungai Buloh dikenali sebagai...

Sebutir Bom Lama Ditemukan...

SANDAKAN - Sebutir bom lama ditemukan di tapak pembinaan jalan raya bersebelahan Pejabat...

Kerajaan Johor Ucap Takziah...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengucapkan takziah terhadap anggota keluarga pelajar tahfiz, Mohamad...

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Angkut 1.15 Juta Batang Rokok Seludup

KUALA TERENGGANU – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengangkut 1.15 juta batang rokok bernilai RM92,000.

Kedua-dua tertuduh, B.Nesa Gandhi, 35, dan isterinya, R.S. Surikala, 33, secara bersama dituduh mengangkut rokok berjenama SAAT berkenaan di dalam sebuah lori di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu pada 8.30 malam 19 Jan lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum menurut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh didenda maksimum hingga RM1.84 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atu kedua-duanya sekali.


Timbalan Pendaftar Mahkamah Sesyen Muhammad Firdaus Abdul Rahim kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dan menetapkan 15 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorjidah Mohd Jusan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori