Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pasangan Kekasih Disyaki Terlibat...

KUCHING - Polis memberkas sepasang kekasih yang disyaki terlibat dalam rompakan di Kuching...

11,985 Kes Baharu Covid-19...

PUTRAJAYA - Terdapat 11,985 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia pada...

Kerajaan Diminta Pertimbang Penagguhan...

ALOR SETAR - Kerajaan diminta untuk mempertimbangkan penagguhan pengambilan pekerja asing bagi memenuhi...

Peminjam PTPTN Dikeluarkan Daripada...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 429,945 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikeluarkan...

Sultan Johor Berkenan Bersantap Sarapan Bersama Rakyat Muar

MUAR – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli bersantap sarapan pagi bersama penduduk Muar di Restoran Al Ziya Fathima di Pusat Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh, dekat sini pagi tadi.

Baginda yang tiba dengan menaiki kenderaan rasmi turut diiringi Pegawai Daerah Muar Ramlee A Rahman, ternyata mengujakan pengunjung yang tidak menyangka menerima keberangkatan baginda pada kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.

Sultan Ibrahim memesan santapan kegemaran baginda iaitu roti canai kari kambing dan ayam dan minuman halia o ais.

Sebagai raja yang berjiwa rakyat, Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa bersembang bersama rakyat dan bergambar bersama pengunjung di restoran terbabit.

Baginda kemudiannya berangkat pulang ke Istana Tanjung dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda baginda selepas menghabiskan masa kira-kira 45 minit bersama rakyat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori