Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sedih, Bapa & Anak...

KASIHNYA bapa sepanjang masa, itulah yang dapat digambarkan apabila melihat gambar menyedihkan seorang...

Skim Jaminan Baharu SJPP...

KUALA LUMPUR - Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) menawarkan skim jaminan kerajaan, iaitu Skim Jaminan Modal...

Burger King Nak Taja...

SURATAN atau kebetulan..Jenama makanan segera popular Amerika, Burger King dikhabarkan bakal menaja semua...

Bank Di Seluruh Dunia...

FRANKFURT - Bank-bank di seluruh dunia sedang mengurangkan jumlah pekerja terbesar dalam tempoh...

Sultan Nazrin, Tuanku Zara Berkenan Hadir Konsert Diraja

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyaksikan Konsert Diraja ‘Menjunjung Kasih’ yang berlangsung di sini malam ini.

Turut berangkat ke konsert itu Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Konsert selama 90 minit itu diadakan sempena perasmian Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah oleh Sultan Perak pada pagi Sabtu.

Diadakan di auditorium penuh warna warni, konsert diacarakan oleh Adibah Noor dan menampilkan beberapa artis terkemuka tanah air termasuk Datuk M.Nasir yang antaranya mendendangkan lagu ‘Keroncong Untuk Ana’, manakala Ning Baizura membawakan lagu berjudul ‘Awan Yang Terpilu’.


Turut membuat persembahan adalah Noh Salleh yang sebelum ini dikenali sebagai Noh Hujan dengan lagunya ‘Sang Penikam’ dan ‘Angin Kencang, sementara Alyah menyanyikan lagu popularnya ‘Sesal Separuh Nyawa’.

Para artis itu diiringi orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) terdiri daripada 36 pemuzik di bawah pimpinan Datuk Mokhzani Ismail dan Jimmy Ali. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]KyttS16obV4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori