Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PBB Setuju Pantau Yaman

NEW YORK (PBB) - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara meluluskan...

Tumpahan Minyak Di Stesen...

IPOH - Kesan minyak akibat kebocoran satu unit generator di Stesen Janaelektrik Sultan...

Johor Cipta Sejarah Lantik...

JOHOR melakar sejarah negeri apabila melantik Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang...

Elfira ‘Sound’ Pengikut Pertikai...

AKHIR-AKHIR ini, status hubungan selebriti, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy terus jadi bualan...

Sultan Pahang Sampaikan Biasiswa Kepada 19 Pelajar

CYBERJAYA – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan menyampaikan biasiswa ‘Mahasiswa Sultan Ahmad Shah’ kepada 19 pelajar Malaysia di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di sini.

Biasiswa itu meliputi yuran pengajian sepenuh masa bagi program diploma dan ijazah di universiti, berjumlah masing-masing antara RM60,000 hingga RM82,500.

Turut berangkat ialah Sultanah Pahang Sultanah Kalsom selaku Canselor Diraja Universiti Limkokwing dan pengasas universiti tersebut, Tan Sri Lim Kok Wing.

Kesemua 19 pelajar itu akan menyertai kumpulan pertama enam pelajar yang menerima biaisiwa pada 19 Dis tahun lepas, untuk memulakan kuliah pada 15 Feb.

Ketika menyampaikan sijil biasiswa, Sultan Ahmad Shah meluangkan masa beberapa minit bertanya khabar kepada pelajar tersebut mengenai latarbelakang keluarga, kursus yang diambil dan memberi motivasi kepada mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun berasal daripada pelbagai latarbelakang.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Universiti, Datuk Raja Aznil Raja Hisham berkata dana itu merupakan inisiatif Sultan Pahang untuk membina masa depan yang cerah bagi pelajar supaya mereka boleh menyumbang kepada aspirasi negara untuk menjadi ekonomi kreatif bertaraf dunia.

Beliau berkata pembiayaan untuk biasiswa, dengan peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta, adalah bagi kira-kira 250 pelajar Malaysia.


Dalam perkembangan lain, Raja Aznil berkata universiti itu merancang untuk menubuhkan Royal Academy of Creativity and Innovation di Gambang, Pahang, dalam masa terdekat untuk mempromosi Universiti Limkokwing sebagai hab bagi reka bentuk kreatif dan inovatif.

Beliau berkata rancangan itu yang diilhamkan oleh Sultan Pahang, kini pada peringkat reka bentuk bangunan, dan proses dokumentasi akan menjadi kenyataan
dalam tahun ini.

Dua beradik yang menerima biasiswa tersebut, Siti Noraisyah Odin, 26, dan Nurfarah Odin, 31, kedua-duanya dari Perkampungan Orang Asli di Gombak, Selangor, berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mematuhi nasihat serta kata-kata semangat daripada Sultan Pahang untuk menjadi seorang yang berjaya.

Siti Noraisyah akan mengikuti ijazah dalam pengurusan perniagaan manakala Nurfarah, yang berhasrat untuk menjadi pereka fesyen terkenal, memilih program ijazah inovasi reka bentuk.

Dalam pada itu, Dharrisan Murugan, 19, dari Puchong, Selangor, teruja apabila dimaklumkan bahawa dia dipilih sebagai seorang daripada penerima biasiswa, dan ingin mengikuti pengajian ijazah dalam Pengurusan Sumber Manusia.

Pelajar pintar dalam bidang akademik itu ditinggalkan oleh ibu bapanya dan dia bersama dua adiknya dibawa oleh sanak saudara mereka ke Purelife Society enam tahun lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori