Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

ADUN, Bekas Kerani Mengaku...

MELAKA – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai dan seorang bekas kerani...

Bekas Pengurus Pemasaran TM...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang bekas pengurus...

SPRM Masih Kesan Menantu...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) masih lagi berusaha untuk mengesan ahli perniagaan Datuk Muhammad...

Dua Maut Kereta Terjunam...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut apabila kereta mereka terjunam ke dalam gaung...

SWCorp N.Sembilan Keluarkan 6,557 Surat Peringatan Mesra Sehingga 22 Jan

SEREMBAN – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan telah mengeluarkan 6,557 surat peringatan mesra kepada pemilik premis yang tidak menjalankan pengasingan sisa pepejal di punca di Negeri Sembilan sehingga 22 Jan lepas.

Pengarahnya Zainal Fitri Ahmad berkata pihaknya juga telah memeriksa 112,225 buah premis sehingga kini dan Ops Mati Hati akan tetap diteruskan sehingga 1 Jun depan.

“Melalui Ops ini, masyarakat akan diberikan pendedahan dan pendidikan mengenai kaedah pengasingan sisa pepejal di punca dengan cara yang betul,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ops Mata Hati yang dilancarkan pada 1 Julai 2015 lepas bertujuan untuk memantau sejauh mana penduduk setempat mengasingkan sisa pepejal di rumah.

Operasi pemantuan dari rumah ke rumah itu dilancarkan secara serentak di negeri-negeri yang mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

Langkah itu bertujuan memastikan masyarakat dapat membiasakan diri dengan penguatkuasaan dasar itu pada Jun depan.

Melalui operasi itu, premis yang belum melaksanakan pengasingan sisa akan diberikan surat peringatan mesra.


Proses pengasingan sisa di punca membabitkan pengasingan sisa pepejal isi rumah mengikut komposisi sisa iaitu plastik, kertas, logam, sisa pukal dan sisa kebun dimasukkan dalam beg plastik berasingan dan diikat serta diletakkan di tepi tong sampah beroda pada hari kutipan.

Sementara itu, Zainal Fitri menggesa orang ramai untuk mengurangkan janaan sampah dengan melakukan kitar semula.

Katanya terdapat banyak janaan sampah yang boleh dikitar semula terutama pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini.

“Antara barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas kotak, kotak air minuman, tin aluminium, botol air minuman, kertas surat khabar lama, majalah dan botol plastik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori