Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Fara Mendoza Berkucupan Mesra...

SELEPAS namanya terkait kontroversi berikutan imej seksi serta isu hangat dengan pelakon Fizz Fairuz, pelakon...

Pemain N.Sembilan Mesti Ada...

SEREMBAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan...

UMNO Johor Kekal Pendirian...

PONTIAN - UMNO Johor kekal dengan pendirian mahu memberi laluan kepada Presiden Parti...

2,801 Pengundi Awal PRK...

PETALING JAYA - Seramai 2,801 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Syarikat Gergasi Di Thailand Mahu Taja JDT

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat gergasi di Thailand mahu menaja pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) , Datuk Ismail Karim berkata, syarikat itu merupakan penaja beberapa kelab bola sepak di Eropah.

“Sewaktu JDT berada di Thailand, ada syarikat yang besar di sana ingin menaja kelab kita (JDT) seperti mana syarikat ini menaja beberapa kelab bola sepak di Eropah.

“Secara tidak langsung menyatakan bahawa kita sudah berada di tahap antarabangsa. Buat masa ini, rundingan sedang dilakukan dan kami akan memaklumkan kepada anda semua keputusannya nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail dalam pada itu menegaskan tahap populariti pasukan JDT jauh lebih baik berbanding pasukan lain dalam negara.


Beliau memberi contoh video pelancaran jersi terbaru JDT
mencecah 4 juta ‘reached’ dan lebih 1 juta orang melihat video tersebut berdasarkan statistik laman sosial Johor Southern Tigers sahaja.

“Untuk makluman penyokong, ini jelas menunjukkan betapa populariti JDT kini berada di tahap jauh lebih tinggi berbanding pesaing yang lain,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]uA__z9_khIs[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori