Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRK Rompin: Hishammuddin Puas...

MUADZAM SHAH - Penyelaras Barisan Nasional (BN) bagipilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin...

Wabak H1N1 Sedang Melanda,...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang mahu ke India dinasihatkan supaya mengamalkan langkah-langkah...

Kami Cuma Nak Tau...

SETELAH lama berdiam diri dengan pelbagai dakwaan dari ahli keluarga sendiri yang menuduhnya...

Ahmad Maslan Nafi Pakai...

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafikan dirinya memakai jam tangan berjenama Rolex, seperti...

Restoran Charkueyteow Popular Didenda RM9,000 Tak Kutip GST

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pengendali restoran char kuey teow di ibu kota hari ini didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana tidak mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada pelanggan tahun lepas.

Hakim Shamsudin Abdullah juga memerintahkan Mali’s Corner Sdn. Bhd. membayar 95 sen GST kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana tidak mengutip cukai itu dalam satu resit.

Syarikat itu membayar denda tersebut.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas syarikat itu yang diwakili pengarahnya, Jamali Saat mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat itu sebagai syarikat berdaftar di bawah GST didakwa tidak mengeluarkan invois cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 ketika membuat pembekalan cukai pada 7 Okt 2015, 12.54 tengah hari, di Mali’s Corner Sdn. Bhd., No 9-1, Block C, Jalan Langkawi, Platinum Walk, Danau Kota, Setapak di sini.


Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 33(2)(a) akta itu yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu peguam Zambri Mohd Isa yang mewakili syarikat itu memohon hukuman ringan kerana ini kesalahan pertama syarikat itu manakala Pegawai Pendakwa Kastam, Norhalelly Haimid memohon hukuman sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada orang ramai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori