Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

12 Kes Demam Denggi...

KANGAR - Perlis merekodkan 14 kes demam denggi dalam tempoh 12 hari tahun...

Felda Umum Tangguh Potongan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengumumkan penangguhan potongan pendapatan peneroka...

“Saya Sayangkan Anda, Saya...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melahirkan kerinduan kepada...

Lelaki Maut Motosikal Langgar...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum melanggar...

Tak Perlu Desak Najib Buat Keputusan Jawatan MB Kedah

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus didesak atau tergesa-gesa untuk membuat keputusan mengenai isu Menteri Besar Kedah.

Salleh berkata, apabila Perdana Menteri akhirnya membuat keputusan, ia merupakan keputusan yang sedia termaklum yang mengambil kira semua pendapat dan hasrat.

Menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my blognya, beliau berkata sejak 2009, Najib terpaksa menangani beberapa krisis menteri besar.

“Dan walaupun semua pihak menjangkakan yang lebih teruk, sehingga menjangka bahawa negeri itu mungkin jatuh, pada akhirnya segala-galanya diselesaikan dengan mmemuaskan hati semua pihak mahupun istana,” kata beliau.

Salleh menganggap bahawa krisis menteri besar di Kedah tidak berbeza, dan bahawa pilihan ketua pejabat eksekutif (CEO) setiap negeri akhirnya, menjadi prerogatif presiden parti untuk menentukannya.

“Tetapi, sebelum CEO negeri dilantik, presiden parti perlu terlebih dahulu mendapatkan maklum balas daripada parti termasuk memperoleh pandangan istana di negeri-negeri yang mempunyai menteri besar.”


Salleh berkata rakyat Malaysia sentiasa mencari sesuatu yang menimbulkan sensasi dan yang terkini ialah kemelut di Kedah.

“Malahan, ia dianggap sebagai krisis sedangkan sebenarnya ia bukan krisis,” katanya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menghadapi tekanan selepas pemimpin-pemimpin UMNO bahagian di negeri itu secara terbuka menyatakan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan ketua badan perhubungan UMNO negeri. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Rz-Y1YbY2t0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori