TASHA Shila yang tidak habis-habis terpalit dengan kontroversi pada tahun lepas menyatakan harapannya agar tahun 2016 bakal membawa cahaya baru kepada kehidupan dan kerjayanya.
“Mudah-mudahan perjalanan hidup Tasha di 2016 akan lebih lancar. Tasha juga berharap karier Tasha menjadi seperti bintang di langit, terus bersinar. Biarlah masa membuktikannya. Yang pasti, Tasha belajar daripada kesilapan lalu.
“Tasha tidak akan lagi berkongsi kisah-kisah peribadi kepada umum. Cukuplah dengan apa yang sudah Tasha alami sebelum ini. Kalau boleh Tasha tidak mahu lagi dikenali sebagai artis yang sering dilanda kontroversi. 2016 adalah tahun untuk Tasha bangkit semula,†jelasnya kepada portal Tonton Extra.
Pada 2015, Tasha Shila berhadapan dengan dakwaan bergambar bogel, bergaduh di kelab malam dan berpakaian seksi.
Semoga apa yang diimpikan Tasha untuk tahun 2016 akan terlaksana.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=_uuPpF5d7EA]