Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Vida Tak Masam Muka...

USAHAWAN kosmetik dan personaliti popular, Datuk Seri Vida menafikan dia sedang tidak 'sebulu'...

Jim Carrey Jadi Suspek...

PELAKON Jim Carrey dijadual bakal menghadiri perbicaraan kes kematian teman wanitanya, Cathriona White dalam...

Najib Lawat Kawasan Gempa...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan...

Nenek Siat Duit RM4.7...

KERANA tidak mahu hartanya diwarisi oleh cucu, seorang wanita berusia 85 tahun di...

Tekun Nasional Sasar Lahirkan Lebih 50,000 Usahawan Tahun Ini

SUBANG – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) mensasar untuk melahirkan kira-kira 51,610 usahawan di seluruh negara pada tahun ini melalui bantuan pinjaman berjumlah RM600 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Baharom Embi berkata langkah ini diharap dapat membantu usahawan kecil memajukan perniagaan, sekaligus merancakkan lagi sektor keusahawanan di negara ini.

“Daripada jumlah (pinjaman) itu, RM300 juta adalah daripada bantuan kerajaan manakala bakinya daripada dana Tekun sendiri.

“Sejak mula diperkenalkan pada 1998 sehingga Dis lepas (2015), Tekun telah memberi pinjaman mikrokredit berjumlah RM3.8 bilion kepada 337,090 usahawan kecil di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Mentor-Mentee Makanan Laut Bergerak dengan kerjasama syarikat pembekal makanan laut, Bumi Services Sdn Bhd di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Bumi Services Sdn Bhd, Muhamad Azman Poniran.


Mengulas mengenai program mentor-mentee itu, Baharom berkata program yang diperkenalkan pada tahun ini bertujuan untuk mewujudkan peluang perniagaan kepada usahawan berdasarkan syarat dan prosedur pinjaman yang sedia ada.

“Menerusi program tersebut, syarikat akan bertindak sebagai mentor dan usahawan sebagai mentee dan pinjaman akan disalurkan terus kepada mentor mengikut pakej pinjaman yang dipersetujui.

“Seperti program mentor-mentee makanan laut ini, sembilan usahawan telah menerima pembiayaan Tekun berjumlah RM72,000 setiap seorang…pembiayaan ini termasuklah penyediaan peralatan perniagaan dan pakaian seragam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori