Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Agensi Di Bawah KKMM...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyeru agensi di bawahnya agar lebih...

Bayi Mati Dalam Kereta,...

KUANTAN - Bapa bayi yang ditemui mati dalam kereta dikatakan lupa untuk menghantar...

‘Perang Berakhir’, Kak Wan...

SHAH ALAM – Aksi berpelukan antara dua calon timbalan presiden PKR Datuk Seri...

Jenazah 5 Sekeluarga Maut...

SEGAMAT - Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di sini petang semalam...

Terikat Kontrak Drama, Elfaeza Ul Haq Buka Tudung

Dalam satu temubual dengan program hiburan Hlive tahun lalu, pelakon kelahiran Singapura, Elfaeza Ul Haq pernah mengumumkan dirinya kini sudah tampil berhijab.

Bagaimanapun, Elfa mengundang tanda tanya ramai apabila berkongsi video dirinya tidak berhijab ketika menjalani penggambaran drama Tangling di Singapura menerusi laman Instagram.

Mengulas perkara itu, Elfa mengakui membuka tudung kerana terikat dengan kontrak sebuah drama dan terpaksa akur dengan karakter yang telah dipersetujui.

“Saya terikat dengan kontrak selama setahun bermula Mac tahun lalu untuk drama Bahasa Inggeris, dan saya mengambil keputusan untuk berhijab selepas sambutan Aidilfitri tahun lalu.

“Jadi bila bekerja saya perlu kekal dengan karakter seperti mana diminta dalam kontrak. Apabila berlakon drama saya perlu melakukan promosi dan sesetengah perkara terpaksa dimuat naik di laman sosial sendiri.


“Sebagai pelakon dalam kontrak saya perlu promosikan drama di Instagram. Mahu atau tidak saya perlu lakukan untuk kerjaya. Selalunya saya akan padam semula selepas jangka masa tertentu,” ujar Elfa kepada Mangga Online.

Dalam pada itu, Elfa tidak mengambil pusing tanggapan negatif orang ramai terhadapnya dan apa yang penting niatnya diketahui Allah. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=TlAVY4XruKA]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori