Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Calon PKR ‘Tak Goyang’...

SHAH ALAM – Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni ‘tidak goyang’ sekiranya BN...

Bayi 6 Bulan Melecur...

KOTA KINABALU - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan melecur di pipinya dalam...

Kesederhanaan Kekal Keharmonian Dan...

MELAKA - Sikap kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan merupakan faktor terpenting dalam mengekalkan...

Letupan Di Pusat Beli-Belah...

PERTH - Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga lagi melecur teruk apabila sebuah bilik...

Terima Dana Israel: DAP Tuduh PAS Buat Fitnah Jahat

GEORGETOWN – DAP hari ini menyifatkan dakwaan PAS bahawa parti itu menerima dana RM1.2 bilion daripada Israel sebagai satu fitnah jahat bagi menimbulkan kebencian terhadap pemimpin bukan Islam.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata beliau tidak pernah berjumpa atau bersalam dengan pemimpin Israel di Singapura atau di mana-mana.

“Saya tidak faham mengapa DAP dikaitkan dengan Israel, saya tidak pernah jumpa dan salam dengan pemimpin Israel. Saya minta PAS kemukakan bukti mereka berhubung dakwaan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan 24 anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini, hari ini.

Sepuluh daripadanya dari DAP, lapan (PKR), dua (AMANAH) manakala empat dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengulas dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi pilihan raya umum Ke-13.


Mohd Zuhdi juga dilapor berkata antara syarat tawaran itu termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.

Lim meminta PAS mengemukakan bukti berhubung dakwaan itu dan jika gagal, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]WEPSeePee2c[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori