Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jangan Terlalu Teruja Tandatangan...

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan digesa supaya tidak terlalu teruja dalam menandatangani sebarang...

‘Cuci Duit’, RM100,000 Ditemui...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai RM100,000 di...

Anwar Tarik Balik Saman...

PUTRAJAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik...

PAS Tak Layan Anggota,...

JOHOR BAHRU - PAS Pusat tidak akan melayan tindakan anggota dan penyokong parti...

Thaipusam: Rapid KL Sedia Bas Khas Ke Batu Caves

KUALA LUMPUR – Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan khas untuk kemudahan orang ramai yang meraikan perayaan Thaipusam pada Ahad ini.

Ketua Pegawai Operasi Rapid KL, Mohd. Azam Omar berkata, perkhidmatan bas yang disediakan itu memudahkan pengguna mengunjungi Batu Caves di sini.

“Ia juga bertujuan menggalakkan mereka menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Azam berkata, sebanyak 17 bas disediakan untuk laluan dari Batu Caves ke Pasar Seni melalui Jalan Kuching.

Menurutnya, sebanyak tiga bas disediakan untuk laluan dari Shell Batu Caves ke LRT Gombak melalui Lingkaran Tengah 2 (MRR2).


Jelasnya, masa kekerapan bas terbabit diantara 15 minit dan 25 minit.

“Masa perkhidmatan bermula dari pukul 5.30 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya.

Jelasnya, waktu operasi untuk laluan bas lain dan perkhidmatan LRT serta monorel berakhir seperti biasa. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori