Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kareena Kapoor Positif COVID-19

AKTRES popular Bollywood, Kareena Kapoor kini sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif virus...

Maya Karin Berkorban Kasih

KUALA LUMPUR - Aktres popular, Maya Karin, 38, sanggup berkorban cinta kerana tidak...

Polis Rampas Heroin, Syabu...

SUNGAI PETANI - Polis merampas dadah heroin dan syabu bernilai RM74,700 dan menahan...

Pusat Kanser Di Kedah...

KULIM - Pembinaan pusat kanser di Sungai Petani dalam Bajet 2018 jelas menunjukkan...

Tinjauan Mesra TPM Di Pasar Sentral Sibu

SIBU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melakukan tinjauan mesra di Pasar Sentral Sibu sempena lawatan kerja ke sini.

Sebaik tiba pada 8.30 pagi Ahmad Zahid mengambil peluang beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di situ.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan mengambil gambar ‘selfie’ dengan pemimpin nombor dua negara itu.

“Saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat bersua muka dengan TPM hari ini. Puas hati saya sebab selama ini hanya dapat melihatnya di televisyen,” kata penjual buah, Saadiah Lek kepada Bernama mengenai pemimpin negara itu.

Dalam tinjauan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sempat membeli lima kg duku dan lima kg rambutan dari gerai Saadiah.


Ahmad Zahid turut bersarapan di Pasar Sentral Sibu dan berkesempatan merasa udang kering yang dipanggil masyarakat tempatan sebagai ‘sessar’.

Beliau meluangkan masa lebih sejam di situ sebelum meneruskan lawatannya ke United College of Technology Sarawak di sini.

Antara yang mengiringi Ahmad Zahid ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalam Menteri Dalam Negeri II Masir Kujat, Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Residen bahagian Sibu Hii Chang Kee dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Datuk Tiong Thai King. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori