Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RM50 Juta Baik Pulih...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM50...

Kongsi Rezeki, Tauke Balak...

SYUKUR Alhamdulillah, murah rezeki tauke balak muda ini. Perniagaan kayu balaknya kini semakin...

Isu Porno Kanak-Kanak, Wajarkah...

ISU pelajar Malaysia ditangkap gara-gara memiliki lebih 30 ribu gambar serta lebih 1...

OIC Kutuk Serangan Pengganas...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di tiga...

TLDM Perketat Kawalan Keselamatan Di ESSZone

SANDAKAN – Kawalan keselamatan dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sentiasa diperketat dengan melihat setiap ancaman adalah benar, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Menurut beliau TLDM melihat aspek keselamatan di kawasan perairan ESSZone pada tahap yang tinggi.

“Kita memang telah memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan ESSZone,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan program Rakan Maritim (Rakam) di Pangkalan KD Sri Sandakan di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kawalan keselamatan di kawasan perairan ESSZone susulan insiden serangan pengganas di Jakarta.

Ahmad Kamarulzaman berkata anggota TLDM yang bertugas di ESSZone sentiasa diperingatkan bahawa setiap ancaman adalah benar.

Menurutnya ia tidak boleh diambil secara lewa sahaja sebaliknya diberi perhatian tinggi.


Dalam lawatan kerja itu, beliau turut meninjau Pangkalan Laut Bergerak Kapal Tun Azizan yang merupakan antara dua pangkalan laut diwujudkan di perairan Sabah.

Sebuah lagi adalah Tun Sharifah Rodziah di Semporna yang statik dengan menggunakan pelantar minyak.

Mengenai Pangkalan Laut TLDM Tun Azizan, Ahmad Kamarulzaman berkata sejak enam bulan pangkalan itu beroperasi, ia berjaya mengurangkan kehadiran bot asing di kawasan panas di perairan Sandakan.

Katanya ia menunjukkan operasi pangkalan laut itu berjaya mewujudkan cegah rintang terhadap pencerobohan bot asing. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OXp5-x4WDBs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori