Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PAS Terus Jadi Sasaran...

SUNGAI BESAR - PAS terus menjadi 'punching bag' atau sasaran bagi Parti Amanah...

Pembaca Berita Tabah Sampaikan...

TABAH sunguh pembaca berita wanita dari IBC24 di Chhattisgarh, Timur India ini apabila...

Polis Selesai Kes Samun...

LAHAD DATU – Polis berjaya menyelesaikan satu kes samun bersenjata dalam tempoh sejam...

Isey Akui Rumahtangga Bermasalah,...

PELAWA dan pengacara, Isey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 29, mengakui rumahtangga...

TMJ Minta Persatuan Guna Dana Jutawan Bayar Hutang Pemain

KUALA LUMPUR – Persatuan-persatuan bola sepak yang mendapat tajaan besar daripada para hartawan dan jutawan pada musim ini diingatkan supaya melunaskan hutang pemain atau jurulatih jika ada.

Penaung Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Malaysia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, persatuan terbabit tidak boleh terlalu mengutamakan kemenangan trofi tetapi mengabaikan hutang dengan pemain atau jurulatih.

“Kehadiran ramai hartawan dan jutawan yang ingin memberi tajaan kepada pasukan atau kelab bolasepak akhir-akhir ini menunjukkan satu perkara yang positif terhadap sukan bolasepak.

“Semua pasukan dilihat begitu ghairah mendapatkan tajaan daripada mereka untuk memantapkan pasukan mereka. Tetapi, saya mengharapkan agar pihak pengurusan tidak melupakan keutamaan dalam membayar balik hutang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, baginda tahu berapa ramai pemain dan dari pasukan mana yang masih belum dibayar gaji.


“Usahlah terlalu mengejarkan trofi semata-mata sehingga melupakan perkara yang lebih penting.

“Pemain-pemain dan jurulatih bolasepak mempunyai keluarga untuk disara. Mereka ini manusia, bukan ternakan. Utamakan dahulu nasib mereka daripada terlalu sibuk dengan trofi yang hendak diraih,” titah baginda. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]K_8l2LcHBo4[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori