Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Lebih Adil Berbanding...

KUALA LUMPUR - Parti kedua terbesar orang Melayu yang beragama Islam di negara...

Pelajar OKU Antara Ribuan...

KUALA LUMPUR ā€“ Cacat penglihatan tidak menghalang Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 19, untuk...

Penyamun Disangka Polis, Lelaki...

GEORGE TOWN - Seorang pemandu limosin kerugian hampir RM2,000 selepas dirompak dua lelaki...

Mahfuz Omar Gesa PAS...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendesak PAS kembali...

TPM Berazam Selesaikan Kedaifan Kem Lanang

SIBU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melahirkan keazaman beliau untuk menyelesaikan masalah kedaifan Kem Lanang di sini yang menempatkan Batalion 10 Pasukan Gerakan Am.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata usaha ini demi menjaga kebajikan ‘anak-anak buah’ beliau di kem tersebut yang merupakan cabang Polis Diraja Malaysia.

Beliau mengakui, keadaaan kemudahan tempat tinggal dan juga pejabat di kem tersebut yang dibina daripada kayu pada 1968 itu “tidak munasabah dan di bawah taraf keperikemanusiaan”.

Menunjukkan komitmennya, Ahmad Zahid mengarahkan supaya Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim untuk mencari peruntukan supaya kemudahan di kem itu dapat dinaik taraf sesegera yang mungkin.

“Saya amat prihatin walaupun diberikan taklimat mengenai kedaifan kem Batalion 10 PGA di Kuala Lumpur dan Kuching, tetapi saya datang untuk melihat sendiri bagi mempercayainya. Bukan hanya berdasarkan laporan di atas kertas. Memang keadaan cukup-cukup teruk,” katanya semasa lawatannya ke kem tersebut.

Selain struktur bangunan yang telah usang, kem itu sering dilanda masalah banjir dan ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada anggota untuk menjalankan tugas malah mendatangkan ketidakselesaan kepada keluarga mereka.

Sebelum ditukarkan kepada namanya sekarang, Batalion 10 pernah dikenali sebagai Batalion ke-15 Pasukan Polis Hutan dan pernah di bawah pimpinan pegawai memerintah ASP Mohd Johny Mustapha yang terkorban dalam serang hendap komunis semasa rondaan di sebuah kebun lada hitam di Sungai Stabau di sini pada 6 April 1975.

Turut terkorban bersama beliau dalam serangan hendap itu ialah Konstabel Nuing Saling.


Ahmad Zahid juga berkata prestasi yang ditunjukkan oleh Batalion 10 adalah yang terbaik di negara ini dan adalah wajar kebajikan para pegawai, anggota dan keluarga mereka mendapat perhatian kerajaan.

Beliau akan mengusahakan peruntukan RM100,000 masing-masing bagi tujuan membesarkan surau dan juga gereja kecil di kem itu.

Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000 untuk Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Batalion 10.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pegawai dan anggota agar menterjemahkan kesetiaan mereka bukan hanya kepada batalion itu atau Briged PGA Sarawak dan PDRM amnya tetapi juga memberikan sokongan kepada kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Kita mahu kerajaan negeri yang ada sekarang ini terus memerintah dan diberi kepercayaan sepenuhnya oleh rakyat Sarawak terutamanya anggota dan pegawai PDRM di seluruh negeri ini,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Nur Jazlan Muhammad, Timbalan Menteri Dalam Negeri II Masir Kujat, Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Senior DCP Datuk Muhd Fuad Abu Zarim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori