Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Muhyiddin Tiba Di Istana...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi tiba di Istana Negara...

3 Anggota Polis Mengaku...

JOHOR BAHRU - Tiga anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Takkan Nak Biar Harta...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof...

Jaga Penampilan, Atikah Suhaime...

SEOLAH-OLAH serik dengan gosip yang menimpanya berkaitan foto bogel bersama beberapa pelakon lelaki...

TPPA Bakal Beri Lebih Ruang Pekerja Suarakan Pandangan

JOHOR BAHARU – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang akan dibentangkan di Parlimen akhir bulan ini, bakal menitikberatkan hak pekerja supaya kebajikan mereka lebih terpelihara di negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini termasuk membenarkan lebih banyak kesatuan pekerja dibentuk sekali gus memberi lebih peluang untuk mereka menyuarakan pandangan.

“Antara perkara yang kita setuju adalah untuk beri ruang yang lebih kepada pihak pekerja untuk menubuhkan kesatuan sekerja.

“Sekarang ini, mungkin ada beberapa kekangan jadi mungkin apabila kita membenarkan ia berlaku, beberapa pindaan kepada (undang-undang) perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat TPPA kepada wakil pemain industri dan perusahaan kecil sederhana (PKS) di sini, Ahad.

Beliau berkata ada kerisauan dari negara-negara yang terlibat TPPA mendakwa Malaysia mengongkong pekerja, justeru itu kerajaan berpendapat ada baiknya pekerja diberikan ruang untuk menyuarakan hak mereka.

“Kementerian Sumber Manusia akan buat pengumuman sewajarnya bila sampai masanya. Perubahan ini perlu kita buat dalam tempoh dua tahun selepas menandatangani TPPA,” katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata, satu sesi penerangan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional akan diadakan pada 11 Jan manakala sesi penerangan kepada semua ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 12 Jan.

Dalam masa yang sama, kementeriannya juga akan mengeluarkan buku penerangan dengan keterangan lebih ringkas dan mudah difahami mengenai TPPA untuk diedarkan kepada ahli Parlimen dan orang awam mulai 11 Jan.


“Kita harap dengan sebahagian daripada persediaan yang kita lakukan ini akan dapat membantu memberi penerangan kepada ahli Parlimen dan juga umum untuk lebih memahami manfaat yang dibawa menerusi TPPA,” katanya.

Mustapa dijangka membentangkan TPPA dalam satu sidang khas Parlimen di Dewan Rakyat pada 26 Jan ini manakala keputusan akan dibuat pada 27 Jan sebelum dibawa ke Dewan Negara pada 28 Jan.

Mengenai PKS, beliau berkata selepas mendapat persetujuan menandatangani TPPA, kerajaan akan merangka satu perancangan teliti bagaimana PKS Malaysia boleh mendapat manfaat dari TPPA.

“Ini melibatkan seramai 645,000 PKS dan sudah pasti kerajaan akan memastikan mereka mendapat faedah pasaran terbuka di luar negara dan kita mahu mereka mampu untuk terus bertahan dalam negara,” katanya.

Rundingan TPPA yang dimuktamadkan pada 5 Okt lepas, melibatkan Malaysia dan 11 negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori