Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TMJ Kata Tiada Masalah...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi jaminan baginda...

Mesyuarat Khas PAS Bincang...

KUALA NERUS - PAS akan mengadakan satu mesyuarat khas di kalangan anggota parti...

Anggota URB Cedera Dilanggar...

Kuala Lumpur : Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Setapak cedera ringan...

Kami Tak Akan Sekat...

PASANGAN selebriti Yusry dan Lisa Surihani sebelum ini pernah menyatakan untuk tidak mahu...

Tubuh Badan Khas Untuk Lelaki Didera Isteri

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak bercadang untuk menubuhkan sebuah badan khas bagi lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementerian turut memainkan peranan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti dan seminar dalam usaha membantu kaum lelaki daripada menjadi mangsa dera pasangannya.

Menurutnya, kementerian turut meningkatkan program sedia ada yang dinamakan Program Kesejahteraan Lelaki dalam usaha membantu menangani masalah keganasan rumah tangga.

“Ini bermakna peranan kementerian bukan hanya khusus untuk wanita atau kanak-kanak perempuan. Jadi tiada keperluan untuk kementerian mewujudkan jabatan khas untuk lelaki.

“Namun, masalahnya, lelaki kurang terbuka untuk berkongsi perkara-perkara begini (masalah rumah tangga),” katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan KPWKM semalam.

Katanya, faktor lelaki didera berpunca daripada tekanan dalam rumah tangga selain perasaan cemburu apabila mengesyaki pasangan mereka ada orang ketiga.


“Akta Keganasan Rumah Tangga yang diwujudkan juga tidak tertakluk kepada kaum wanita sahaja, ia terbuka kepada semua sama ada kanak-kanak mahupun lelaki,” katanya.

Dalam pada itu, Rohani turut melahirkan kebimbangan terhadap isu keganasan rumah tangga membabitkan warga emas.

Katanya, sebanyak 279 kes warga emas yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga direkodkan pada 2015. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori