Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

12 Didenda Kutip Sampah...

SEMPORNA - Padah membuang sampah sesuka hati, seramai 12 individu didenda melakukan kerja...

Laporan Panel Hal Ehwal...

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan akan bersidang selama...

Tutup Maahad Tahfiz Yang...

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap Maahad...

Amah Patah Kaki Ketika...

ELEANORE Ajami merupakan pereka fesyen terkenal Lubnan namun dia kini dipalit kontroversi selepas...

UiTM Dungun Bakal Jana Elektrik Guna Tenaga Angin

DUNGUN – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu bakal menjadi universiti awam pertama di negara ini yang menggunakan tenaga angin bagi menjana tenaga elektrik untuk kegunaan kampus itu.

Rektornya, Prof Madya Dr. Abdol Samad Nawi berkata projek dengan kerjasama tenaga pakar dari agensi swasta itu akan meminimumkan penggunaan serta pembayaran bil tenaga elektrik.

Menurut Abdol Samad, pihaknya menjangkakan penjimatan pembayaran bil tenaga elektrik antara 40 hingga 50 peratus sebulan apabila motor kincir angin siap dibina bagi menghasilkan tenaga elektrik.

“Saya dah buat pengiraan dan sememangnya penggunaan tenaga ini menjimatkan kos perbelanjaan. Contohnya sekarang, sebulan kami bayar RM360,000 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Jumlah ini boleh dikurangkan 50 peratus (RM180,000) sekiranya menggunakan tenaga angin.

“Kami harap ia akan jadi projek perintis kepada universiti awam lain terutamanya di Pantai Timur,” katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Abdol Samad berkata penggunaan tenaga angin itu bukan sahaja dapat diperbaharui malah menjimatkan sumber tenaga yang ada dalam negara.


“Saya berjumpa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan beliau bersetuju dengan cadangan projek itu. Kami merancang melaksanakan projek di bawah model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI),” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mengatur pertemuan bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh mengenai urusan pelesenan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi mengeluarkan 1 Megawatt tenaga untuk menjalankan projek itu.

“Untuk mengeluarkan tenaga itu, kami kena dapatkan lesen yang dikeluarkan KeTTHA. Kami cuma mahu 1 Megawatt dan jika KeTTHA luluskan lesen untuk keluarkan satu Megawatt, kami boleh laksanakan projek ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abdol Samad berkata sehingga kini pihaknya telah mengenal pasti pakar serta syarikat yang ingin melabur bagi bekerjasama menjayakan projek itu dalam masa terdekat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori