Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

d’Tandoor Labur RM3 Juta...

PUTRAJAYA – d’Tandoor Food Industries Sdn. Bhd. (d’Tandoor) telah melabur kira-kira RM3 juta...

Menginap Di Grand Lexis...

ALAMAK… Harga Grand Lexis dah naik….. TAPI.. CUMA TAMBAHAN RM20 PADA SEBELUM INI…...

Seorang Remaja Terselamat Daripada...

SYDNEY - Seorang lelaki berusia 18 tahun bernasib baik apabila terselamat daripada dibaham...

PRM Umum Bertanding PRK...

BUKIT MERTAJAM - Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya...

Ulama PAS Golongan Manusia Yang Tertipu – PAN

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan seluruh umat Islam kononnya ulama-ulama PAS yang menyatakan kesediaan menjalinkan kerjasama dengan UMNO demi perpaduaan umat merupakan golongan yang tertipu.

Naib Presidennya, Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, ulama PAS yang tertipu terbabit terpaksa memberi alasan yang tidak jelas kepada orang ramai berhubung kerjasama diantara PAS dengan UMNO tersebut.

“Sebarang usaha mana-mana ulama atau parti politik lain untuk menjalin hubungan dengan UMNO atas alasan yang tidak jelas adalah dikira tertipu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hasanuddin turut membayangkan kononnya ulama PAS gagal menyelami keperitan hidup Nabi Muhammad Rasulullah S.A,W sewaktu kecil sebagai yatim piatu.

Menurutnya, Nabi Muhammad dibesarkan oleh Abu Talib yang tidak kaya menjadikan baginda sangat sensitif kepada kesusahan orang lain dan membela orang yang teraniaya.


“Akhlak dan sifat perjuangan seperti ini harus diwarisi oleh setiap umat Islam.

“Syukurlah rakyat sedang bangkit untuk bersama PAN dan Pakatan Harapan (PKR dan DAP) dalam melakukan perubahan besar ini. Semoga Allah S.W.T merahmati usaha kita bersama,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]tqbGYViIm9c[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori